Patriotisme Cacat Apabila Wujud Dua Bangsa Dalam Sebuah Negara

bangsa johor2
BANGSA Malaysia bermakna semua orang tidak kira kaum dan tanpa mengira negeri-negeri yang menduduki sesebuah wilayah yang diiktiraf sebagai sebuah negara, dan inilah lazimnya konsep negara-bangsa (nation-state).

Begitu juga suku kaum tidak terpisah apabila berada dalam sesebuah negara yang berkongsi satu bendera, satu lagu kebangsaan dan menjunjung negara sebagai satu kesatuan.

Mutakhir ini gagasan bangsa Johor semakin disemarakkan sebagai mewakili satu negeri di Semenanjung Malaysia dan konsep itu menjadi semakin diterima khususnya di kalangan rakyat Johor.

Jika Singapura boleh membentuk satu negara walaupun saiznya sebesar pulau Langkawi di Kedah, maka dari satu sudut Johor semakin boleh menjadi sebuah negara.

Andaikata Johor menjadi sebuah negara, maka tidak lama selepas itu maka akan ada suara yang semakin kuat di Sabah dan Sarawak untuk berbuat perkara yang sama, kerana saiz satu kawasan Parlimennya sahaja seluas negeri Kedah.

Lama kelamaan tinggallah Kuala Lumpur yang ‘tidak bernegeri’ maka makin kecillah tanah Malaysia dan semakin terpisah-pisahlah anak-anak bangsa kepada silo-silo baru.

Pendokong Perlembagaan Negara dan nasionalis patriotik nampak seperti tidak menerima gagasan Bangsa Johor, sebaliknya bila disebut bangsa mesti merangkumi sebuah negara-bangsa.

Inilah sebab semalam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan usaha menyemarakkan semangat kebangsaan negeri seperti bangsa Johor adalah tidak sihat untuk Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan.

Laqporan Bernama memetik Dr Mahathir menegaskan bahawa semua negeri perlu memperjuangkan semangat sebagai rakyat Malaysia, bukan sebagai rakyat negeri berbeza kerana hanya melalui perpaduan sahajalah, Malaysia akan makmur.

“Adalah hak mereka untuk mempromosikan idea itu. Tetapi bagi saya, jika setiap negeri cuba untuk berpisah, maka persekutuan akan runtuh. Kita perlu bekerja bersama kerana hanya dengan perpaduan kita boleh menjadi makmur.

“Malah, ketika kita berpisah sebelum ini, kita tidak makmur. Kita hanya makmur selepas kemerdekaan kerana kita bersatu dalam persekutuan dan menyokong satu sama lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Putrajaya semalam. Beliau menyampaikan ucaptama pada Siri Wacana Perdana Ke-20 bertajuk ‘Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia’ .

Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri itu berkata Perlembagaan Persekutuan juga tidak membenarkan pemisahan.

“Kita patut gelar diri kita sebagai rakyat Malaysia, bukan warganegara Johor, Kedah dan sebagainya kerana ia boleh memecah-belahkan perpaduan.

“Saya tidak ingin melihat iani berlebih-lebihan. Kita semua sama, tiada siapa yang lebih tinggi kedudukannya daripada orang lain, kita semua rakyat Malaysia,” katanya.
tmj1
Pada awal bulan Jun yang lalu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang lantang dalam meluahkan isi hatinya pernah melontarkan pesanan berikut kepada mereka yang tidak senang hati dengan negerinya menjadi sebahagian daripada Malaysia.

“…Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan negeri Johor dari Malaysia,” menurut pesanan itu.

Dalam catatan laman Johor Southern Tigers di Facebook itu, Tunku Ismail turut memetik beberapa sebab yang menjurus kepada kelebihan negeri tersebut yang membangkitkan rasa iri hati kepada sesetengah pihak, antaranya, tiada unsur perkauman dan kebencian terhadap rasuah.

Setiap ayat dimukan dengan perkataan “Jangan salahkan Negeri Johor”.

“…Jangan salahkan Negeri Johor dan mengapa kami bangga menjadi bangsa Johor kerana negeri kami telah dibina bukan atas dasar perkauman ia dibina kerana kami bersatu sebagai bangsa Johor sejak dahulu.

“…Mengapa kami bangga dengan pemimpin kami yang senantiasa bersama kami pada saat susah dan senang… suka dan duka.

“Jikalau kami tidak suka kepada orang yang korup… kerana kami tidak pernah dididik untuk menjadi sekeji itu,” kata Tunku Ismail lagi seperti ditulis oleh Malaysiakini.

One thought on “Patriotisme Cacat Apabila Wujud Dua Bangsa Dalam Sebuah Negara

  1. Pingback: PENYU SAKTI - MediaLantang.Com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.