Terengganu Lakukan Rombakan Besar-Besaran Pegawai Tadbir

KUALA TERENGGANU: Seramai 52 pegawai tadbir terlibat dalam rombakan besar-besaran oleh pihak pentadbiran negeri berkuat kuasa 5 September depan ekoran persaraan beberapa pegawai kanan dan pengisian jawatan yang sekian lama tidak terisi.
ahmad razif
Pertukaran mereka turut dilihat bagi memantapkan lagi pentadbiran dalam memenuhi wawasan negeri, dan antara yang terlibat ialah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mohamad Kamil Othman yang beralih ke jawatan Pengarah Tanah dan Galian.

Utusan Malaysia difahamkan, Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK Pembangunan), Zainal Abidin Hussin pula ke jawatan Timbalan SUK (Pengurusan) mengambil alih tempat Samiun Salleh yang dilantik sebagai Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim memegang jawatan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi mengisi kekosongan manakala Pengurus Besar PMINT, Datuk Abdul Rahman Yahya ke jawatan Timbalan SUK (Pembangunan).

Pegawai Daerah Marang, Mohd Zukifli Abu Bakar mengambil alih tempat Mohamad Kamil sebagai Datuk Bandar sementara Pegawai Daerah Kuala Nerus Azmi Razik pula bertukar ke jawatan sama di Hulu Terengganu.

Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Zainal Abidin Mohamad ditukarkan ke jawatan sama di Marang manakala Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Ibrahim Mohamad menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun.

Timbalan Pesuruhjaya (Pentadbiran, Kewangan & Pembangunan) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Wan Ismail Suhaimi Wan Omar ke jawatan Pegawai Daerah Pentadbir Tanah Besut.

Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kemaman, Wan Mohamad Lotfi Wan Ismail ke jawatan Pendaftar Kolej Universiti Tati (TATIUC) manakala Shahidan Embok (Yang Dipertua Majlis Daerah Marang) menjadi Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu.

Turut beralih, Ketua Penolong SUK (Pengurusan Sumber Manusia),Datuk Tengku Farok Hussin Abd. Jalil ke jawatan Pegawai Daerah Kuala Nerus, menggantikan Azmi Razif yang berpindah ke Hulu Terengganu manakala Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Marzuki Endut menjadi Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Sumber Manusia) Terengganu.

Ketua Penolong Pentadbir Tanah Dungun, Jahani Ismail ke jawatan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pengurusan) manakala, Pengarah Unit Pengurusan Maklumat Negeri, Ahmad Azmi Salleh menjadi Yang Dipertua Majlis Daerah Besut.

Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pengurusan), Johan Ibrahim ke jawatan Yang Dipertua majlis Perbandaran Kemaman manakala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Osman A. Bakar ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Rozali Salleh pula ke jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang manakala Zulkafeli Omar, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu menjadi Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Ketua Penolong SUK (Khidmat Pengurusan), Azhar Jusoh ke jawatan Timbalan Pesuruhjaya (Pentadbiran, Kewangan & Pembangunan) Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu manakala Ab. Rasid Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Transformasi Terengganu Baharu menjadi Pengarah Unit Perhubungan dan Komunikasi Negeri Terengganu.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Ariffin Abdullah ke jawatan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Hulu Terengganu manakala Mohamad A.Rahman @ Othman , Ketua Penolong Pegawai Daerah Kemaman menjadi Setiausaha Majlis Perbandaran Dungun. – UTUSAN ONLINE

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s