“Lokman Buat Semua Ini kepada Kami” kata seorang mangsa yang dikelar

rumah lokman
MELAKA: “Lokman buat semua ini kepada kami,” bisik Nuraqedah Aeina Hassan, 24, yang mengalami pendarahan serius di kepala kepada seorang jirannya yang membantu, Norashikin Aripin, 33.

Menceritakan kejadian pembunuhan ngeri di Masjid Bukit Rambai, Melaka pagi Khamis semalam, Norashikin berkata beliau mendengar suara mangsa meminta tolong dan segera menghubungi polis kira-kira pukul 6.30 pagi.

“Saya fikir jiran saya dirompak. Suami saya melihat sebuah kereta dipandu keluar dari tempat letak kereta dan kami mengesyaki pencuri telah melarikan diri. Apabila kami bergegas ke sana, kami terkejut,” katanya.

Norashikin berkata, beliau sebelum ini pernah diberitahu bahawa suspek adalah cucu angkat kepada Siti Khatijah.

“Neneknya sangat memanjakan suspek yang setiap malam biasa pulang lewat ke rumah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, tiga beranak iaitu Mariah, 62, suaminya, Hassan A. Wahab, 70, dan anak lelaki tunggal mereka, Mohammad Taufeq, 22, maut dipercayai akibat dikelar oleh suspek lelaki berusia 26 tahun yang tinggal bersama di rumah keluarga itu.

Selain tiga mangsa, suspek turut mencederakan dua anak perempuan pasangan suami isteri warga emas itu, Noorhas­linda Diyana Hassan, 27, dan Nur Aqiedah Aeina Hassan, 24, manakala Siti Khatijah tidak diapa-apakan.

Seorang lagi jiran, 62, yang enggan namanya disiarkan, berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu tinggal bersama keluarga Mariah Baharin, 62, sejak masih bayi.
lokman
Suspek kes ini ditahan di Masjid Bukit Rambai kira-kira pukul 11 Khamis.

Jiran ini mendakwa suspek telah berkelakuan pelik sejak awal tahun ini, apabila dia mula memakai jubah.

“Kadang-kadang, kami tengok dia duduk sendirian dan bercakap dengan diri sendiri,” katanya.

Tambahnya, suspek, yang sentiasa diam dan selalu tidak berada di rumah sering dimarahi oleh neneknya kerana terbabit dengan dadah.

“Kami sering mendengar dia bergaduh dengan ahli keluarga. Dia selalu meminta wang daripada mereka,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata polis telah menahan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu di Masjid Bukit Rambai kira-kira pukul 11 Khamis dan yakin dapat menyelesaikan kes itu dengan penahanan tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s