“Maafkan Saya….Saya Lakukan Kesalahan Moral Yang Besar” – Lan Pet Pet

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal Lan Pet Pet, mengakui melakukan kesalahan moral yang besar.

Berikutan penyebaran video sedang memarahi anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) baru- baru ini.
lan pet
Pelawak ini juga turut meminta agar semua pihak menjadikan kejadian itu sebagai teladan.

“Tidak dinafikan kejadian ketika kereta saya dilarikan beberapa tahun lalu untuk rancangan Wakenabeb menjadikan saya fobia, lansung menyebabkan saya berada dalam keadaan tersebut,” katanya.

Kata Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 47, menonton kembali video yang viral di media sosial itu membuatkan dia bertanya kembali kepada dirinya kenapa dia perlu mengamuk seperti itu.

“Saya perlu faham mereka hanya menjalankan tanggungjawab mereka sahaja.

“Tetapi semuanya sudah selesai dan saya juga sudah selesaikan kompoun RM80,”katanya.

Ketika ini juga kata Lan dia sudah merancang untuk bertemu kembali dengan anggota MPSJ tersebut.

Jelasnya kali ini bukan sekadar mahu meminta maaf tetapi juga mahu mengeratkan hubungan.

“Sebenarnya semua sudah selesai, cuma saya rancang untuk bertemu dengan mereka kembali.
“Lepak lepak minum ke,”katanya.

Sementara video Lan memarahi anggota penguatkuasa MPSJ mula tersebar Khamis lalu di media sosial.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, Lan dilihat tidak berpuas hati selepas tayar kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya dikunci kerana diletakkan di depan sebuah bank di USJ 10, Subang Jaya.- Utusan Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s