Undi Cina: Jika Pujukan Tak Berjaya, Guna Teknik Cemeti

PENGEMBALA selalunya menggunakan dua kaedah dalam mengurus haiwan peliharaan berkaki empat, bagi memungkinkan mereka memberi manfaat kepada pengembala.

Dua kaedah berkenaan dan selalunya digunakan untuk pemelihara kuda dengan memberikan mereka makan dan pujuk-pujukan dengan selalu menggosok badanya, lazimnya kuda berkenaan akan berterima kasih dan seterusnya memberi khidmat terbaik untuk tuannya.
cemeti
Kuda yang degil digunakan kaedah cemeti iaitu memberi sedikit pukulan agar mereka insaf dan kembali berkhidmat kepada tuannya, bukan dengan cara kekekerasan atau tidak berperikemanusiaan tetapi sekadar cukup memberikan mereka sedar.

Jika kaedah pertama dan kedua tidak juga berjaya, maka kaedah ketiga digunakan dan jika unta, lembu atau kambing maka haiwan itu akan disembelih.

Begitupun, dalam politik selalunya kaedah ketiga dan kedua itu kurang sesuai digunakan untuk manusia, kecuali melalui penilaian yang ketat.

Dan, kita tahu dahulu kala, kaedah ketiga sangat popular dan dalam zaman moden pernah dilakukan Hitler di Jerman. Kaedah ketiga juga masih berlaku lagi sehingga kini seperti dilakukan Amerika Syarikat terhadap Jepun di Hiroshima dan Nagasaki. Juga berlaku di Iraq atas nama mahu mencari senjata pemusnah. Berlaku juga di Palestin oleh pengganas Yahudi terhadap muslimin Palestin.

Di negara Malaysia yang sangat baik hati ini, kaedah pertama digunakan oleh pemerintah dengan memberi hampir semua desakan oleh kaum yang tidak memberi sokongan kepada pemerintah.

Pemerintah sanggup menjadi yuan yang selalu digigit anjing garang.

Pada pilihan raya ke-13, Najib Tun Razak menyifatkan sebagai tsunami politik kaum Cina yang tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional meskipun pelbagai gula-gula diberikan.
kedudukan semasa parlimen
Kedudukan semasa kerusi-kerusi khususnya di kawasan yang mempunyai bilangan 30 peratus ke atas kaum Cina, maka kedudukan Barisan Nasional berada seperti telur di hujung tanduk.

Begitu pun baiknya pemimpin tertinggi kerajaan walaupun berlaku mala petaka politik hingga menjatuhkan Pak Lah dalam pilihan raya ke-12 pada tahun 2008 yang menyebabkan Pak Lah terpaksa (dipaksa) meninggalkan jawatan Perdana Menteri.

Pilihan Raya 2013 menyaksikan lagi teruk pukulan kaum Cina kepada kerajaan sehinggakan beberapa kerusi yang seperti tidak mungkin kalah, tetapi kalah seperti di Bukit Katil, Melaka.

Tawaduknya BN kerana mereka tetap setia memujuk dan memberikan segala permintaan kaum Cina.
umno-pas6
Hari ini, seperti dilaporkan Malaysiakini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan anggota parti itu supaya jangan berputus asa dengan pengundi Cina walaupun BN kalah di beberapa kawasan pada pilihan raya umum yang lalu.

Dengan memberikan contoh kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serta Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Hishamuddin berkata, apa yang penting ketika ini ialah membuktikan kepada kaum tersebut bahawa BN mampu membela nasib mereka.

“Pengalaman kita di Sarawak, di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar, kita jangan berputus asa dengan sokongan kaum Tiong Hwa.

“Ini banyak bergantung pada cara kita membawa diri kita dan bagaimana mereka dapat melihat bahawa pemimpin-pemimpin kita dapat membela mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Umno bahagian Bukit Katil, Melaka.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis perasmian, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Ali Rustam pula berharap pengundi Cina bersama-sama BN untuk merampas kembali parlimen Bukit Katil.

Ali Rustam rayu pengundi Cina

Sambil menceritakan kembali kemenangannya ketika bertanding pilihan raya umum sejak 1999, Ali berkata kekalahannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 merupakan pertama kali dalam sejarah apabila kesemua peti undi Cina tidak memihak kepadanya.

“Pengundi Cina, kembalilah semula ke BN. Dulu bukan tak bagi (undi), tapi sikit sangat. Semua peti undi majoriti Cina, semua kita kalah. Mana pernah saya kalah sejak bertanding pada 1999 dan menjadi ketua menteri.

“Tak pernah. Ini kali pertama dalam sejarah semua peti undi Cina saya kalah,” katanya.

Justeru, ketua Umno bahagian Bukit Katil itu meminta supaya masyarakat Cina di negeri itu memberi peluang kepada BN dengan mengundi parti berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

“Jadi kita minta kawan-kawan kita lupakan PRU13 kerana masa itu ada ‘Inikalilah’. Tetapi sekarang, ‘Inikalilah kita ambil Bukit Katil’. Kita kena betul-betul ikhlas, Insha Allah, Umno pun kena bekerja keras juga.

“Saya harap semangat pada pilihan raya umum 2004 dibawa pada pilihan raya tahun depan atau 2018 nanti,” katanya yang turut membayangkan pilihan raya umum akan diadakan kira-kira 10 bulan dari sekarang.

Rampas Bukit Katil

Bagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron pula merayu kepada parti komponen BN- MCA dan Gerakan agar membantu mereka merampas semula parlimen Bukit Katil daripada PKR.

Katanya, untuk mencapai kemenangan di kawasan itu, Umno tidak boleh bekerja sendirian sebaliknya ia memerlukan kerjasama daripada semua parti komponen.

“Kita rampas balik Parlimen Bukit Katil. Pada rakan-rakan daripada MCA, Gerakan, tolonglah, kami memerlukan bantuan anda. Jika (orang) Melayu sahaja sendirian, kita tidak boleh dapatkan semula Bukit Katil. Tolong MCA, Gerakan.

“Tolong kita untuk hadiahkan pada orang Bukit Katil seorang anggota Parlimen yang berwibawa, yang boleh berkerja dan berkhidmat sepanjang masa untuk rakyat Bukit Katil. Ini sumpah BN,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh kira-kira 500 perwakilan Umno.

Pada pilihan raya umum ke-13, Ali yang juga bekas pengerusi BN Melaka hanya mendapat 40,720 undi- tewas kepada Shamsul dengan majoriti sebanyak 5,447 undi.

Shamsul mendapat 46,167 undi.

Ekoran kekalahan itu, Ali kecewa dengan pengundi Cina kerana tidak menyokong BN pada pilihan raya umum yang lalu.

Nasib baik kepada BN kerana PAS kini terbelah dua dengan Amanah yang menyebabkan kaum Cina akan memberi undi kepada Amanah tetapi sukar untuk orang Melayu memberikan undi kepada parti Mohamad Sabu itu.

Masih ada masa untuk melancarkan perang saraf dan gerak saraf untuk menawan kembali kaum Cina asalkan tidak terus menggunakan kaedah yang dah ternyata tak berkesan – memberi segala permintaan, memujuk dan memujuk melalui MCA dan Gerakan.

Advertisements

One thought on “Undi Cina: Jika Pujukan Tak Berjaya, Guna Teknik Cemeti

  1. Pingback: Undi Cina: Jika Pujukan Tak Berjaya, Guna Teknik Cemeti - GedungKartun.Com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s