Kajian Dapati Rakyat Sedang Bimbang Kedudukan Ekonomi ?

statistik populasi
“Saya bangga saya orang Malaysia.”

Ini adalah hasil tinjauan mengenai kesetianegaraan atau patriotisme yang
dijalankan di seluruh negara menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 pada 31 Ogos
ini.

Seramai 1,000 orang responden daripada pelbagai etnik, agama, kumpulan umur,
pendidikan serta pendapatan mengambil bahagian dalam tinjauan yang dijalankan
oleh KajiDATA Research.

Mereka bagaimanapun berhati-hati apabila menyatakan pandangan mereka tentang
prospek ekonomi dan keselamatan negara.

Menurut A.Yazid Othman, perunding perniagaan KajiDATA Research, tinjauan itu
antaranya adalah untuk mengukur sejauh mana rakyat Malaysia bangga dengan negara
mereka serta pengetahuan mereka tentang tokoh serta tarikh yang ada kaitan
dengan Hari Kemerdekaan.

Antara soalan lain yang diajukan kepada responden ialah perkara yang menjadi
kebimbangan mereka.

Tinjauan ini diselia oleh penasihat KajiDATA, Profesor Datuk Sri Dr Syed
Arabi Idid.

Hasil tinjauan itu menunjukkan majoriti rakyat Malaysia (77.2 peratus) tahu
siapa pemimpin pertama-Ketua Menteri Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman dan tahun
negara memperoleh kemerdekaan iaitu 1957 (84.3 peratus).

Sementara rakyat Malaysia begitu bangga dengan negara mereka, responden di
Kuala Lumpur dan Kedah tidak berapa yakin dengan kemampuan negara untuk
menangani sebarang cabaran atau berdepan dengan cabaran pada masa hadapan.

Sebilangan besar responden di seluruh negara berasa bimbang terhadap isu
keselamatan negara serta jenayah.

Perasaan bimbang mengenai keselamatan ini lebih ketara dalam kalangan
responden di Pahang dan Sabah.

Bagaimanapun, kebimbangan mengenai keadaan ekonomi mempunyai implikasi yang
lebih berat serta mempengaruhi tabiat berbelanja rakyat Malaysia.

Dalam tempoh enam bulan akan datang, 71 peratus responden tidak akan
melancong ke luar negara, tidak akan membeli rumah baru (81 peratus),
mengelakkan diri daripada membeli kereta baru (83 peratus), dan malahan tidak
akan mula mempunyai anak atau menambah bilangan anak (76 peratus).

Kebimbangan terhadap keadaan ekonomi juga membuatkan ramai responden gelisah
dengan kewujudan peluang pekerjaan dan tidak akan menukar pekerjaan (86 peratus).

Bagaimanapun, apa yang menariknya ialah ramai responden (66.8 peratus) yakin
mereka dapat bertahan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Berdasarkan tinjauan ini, Syed Arabi membuat rumusan meskipun rakyat
Malaysia berasa bangga dengan negara, mereka juga “berpijak di bumi nyata”.

Mereka tahu negara berdepan dengan pelbagai cabaran dan bersedia untuk
menghadapi cabaran itu.

Ditubuhkan pada tahun 2015, KajiDATA Research mengkhusus dalam mengumpul
maklumat komersial dan sosial.

Misinya adalah untuk memperoleh serta membongkar input yang boleh digunakan. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s