Mahkamah Perintah Rafizi Bela Diri Atas Dua Kesalahan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang didakwa memiliki dan mendedahkan halaman Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk membela diri.

rafizi geng
Hakim Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu di akhir kes pendakwaan terhadap Rafizi, 39, dan menetapkan 27 September ini untuk mendengar prosiding bela diri tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama, Rafizi didakwa ada dalam milikannya tanpa kebenaran yang sah, halaman 98 Laporan Pengauditan 1MDB yang bersalahan dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA) sedangkan dia tidak berhak menyimpan dokumen tersebut.

Pertuduhan kedua pula, Rafizi didakwa memiliki dokumen yang sama dan telah mendedahkan kandungan rahsia di halaman tersebut dalam satu sidang akhbar.

Kedua-dua perbuatan itu di­dakwa dilakukan di lobi Ba­ngunan Parlimen, Jalan Parlimen di sini pada pukul 3 petang, 24 Mac dan 28 Mac lalu.

Pertuduhan tersebut masing-masing dikemukakan mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) dan Seksyen 8(1)(c)(iv) OSA yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi tujuh tahun jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE/Gambar Hiasan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s