Bateri Meletup: Samsung Tarik Balik Jualan Note 7

SEOUL: Samsung pada Jumaat mengumumkan pihaknya akan menggantung penjualan telefon pintar terbaharu Galaxy Note 7 berikutan menerima laporan mengenai insiden bateri yang meletup sekali gus boleh menjejaskan reputasi gergai elektronik Korea Selatan itu.

note 7
Samsung juga akan menawarkan peranti baharu bagi mereka yang sudahpun membeli telefon pintar dengan skrin lebar itu, lapor AFP.

“Kami telah menerima beberapa laporan mengenai kajadian bateri telefon pintar Note 7 yang meletup selepas ia dilancarkan pada 19 Ogos lalu, dan telah disahkan bahawa ia adalah masalah sel bateri,” ujar Ketua Bahagian Telefon Pintar Samsung, Koh Dong-Jin

Samsung setakat ini telah menjual sejumlah 1 juta unit Note 7 di Korea Selatan dan di Amerika Syarikat.

Sehingga kini, 24 unit telah disahkan mengalami masalah bateri, ujar Dong-Jin, dan beliau sangat kesal dengan insiden berkenaan.

Sejak bulan lalu, beberapa pengguna telah memuat naik gambar dan video di media sosial yang menunjukkan Note 7 milik mereka yang terbakar dan mencair.

Faktor keselamatan penggunaan Note 7 yang semakin membimbangkan telah memaksa Samsung menggantung bekalan dan edaran model telefon pintar itu serta menangguhkan jadual pelancarannya pada bulan ini di beberapa negara Eropah termasuk Perancis.- Astroawani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s