Duta Britain Peluk Islam, Tunai Haji

MEKAH: Duta Britain ke Arab Saudi, Simon Paul Collis menarik perhatian ramai apabila menjadi antara 19,000 jemaah warga Britain yang mengerjakan ibadah haji tahun ini bersama-sama isterinya, Huda Mujarkech.

Dalam kalangan diplomat dan media, ramai yang menge­tahui beliau sudah memeluk Islam, namun tiada sebarang pengesahan dibuat oleh duta berkenaan.

Menurut laporan Arab News, Collis bagaimanapun tampil membuat pengakuan tersebut melalui akaun Twitter miliknya kelmarin.
duta
Beliau juga memuat naik sekeping gambar memakai ihram bersama isterinya.

Walaupun Collis menolak permintaan media untuk ditemu bual, namun beliau menulis dalam Twitter: “Saya telah memeluk Islam dan sudah bercampur dalam masyarakat Islam selama 30 tahun, dan sebelum berkahwin dengan Huda.”

Collis telah berkhidmat sebagai Duta Britain ke Arab Saudi sejak Januari tahun lalu apabila Sir John Jenkins bersara daripada perkhidmatan diplomatik.

Sementara itu, akaun Twitter milik Collis dihujani ucapan tahniah daripada pelbagai komuniti Islam termasuk kerabat diraja Arab Saudi iaitu Puteri Basmah binti Saud.

Ketua Pegawai Eksekutif Maj­lis Haji Britain, Rashid Mogradia turut mengucapkan tahniah kepada Collis.
“Kami berharap beliau dapat berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada kita semua,” kata Rashid.

Collis fasih berbahasa Arab dan menyertai Pejabat Luar Negeri dan Komanwel Britain (FCO) pada 1978.

Bapa kepada lima orang anak itu pernah bertugas di Bahrain sebagai Setiausaha Kedua antara 1981 dan 1984 selain Setia­usaha Pertama di Kedutaan Britain di New Delhi dan Konsul Jeneral di Dubai serta Basra.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Duta Britain ke Qatar (2005-2007); Syria (2007-2012) dan Iraq (2012-2014). – Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s