Perlu Kajian bersama Di antara Pusat Pengajian Melayu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Pusat pengajian Melayu perlu memastikan sosiobudaya Melayu Nusantara dipulihkan.

Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, pusat-pusat pengajian Melayu di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei harus berada di tahap boleh menyarankan apa yang seharusnya dilakukan demi menjamin keutuhan dan sifat-sifat sosiobudaya yang harus dikekal di negara masing-masing.
rais
“Ini adalah kerana pada masa ini terdapat perubahan yang mendadak dari segi sosiobudaya sesuatu masyarakat yang membimbangkan,” katanya pada Persidangan Dunia Melayu di London semalam.

Teks ucapan beliau bertajuk ‘Cabaran Pengajian Dunia Melayu dan Tamadun Islam’ dikeluarkan di sini. Persidangan itu anjuran School of Oriental and African Studies (SOAS) London, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Rais berkata, contoh yang paling ketara ialah kesan daripada media sosial dan media hiburan asing ke atas generasi muda, selain pola-pola sosiobudaya yang telah membuang dan mengetepikan nilai tempatan dalam kalangan masyarakat serumpun seperti Melayu-Indonesia.

“Adakah kekuatan Islamiah, misalnya mampu mendepani kemaraan dan sifat dedalu media Barat? Apakah akhirnya nanti apabila bahasa Inggeris terus mengambil tempat utama dalam peranan bahasa ilmu, bahasa komersial dan bahasa komunikasi di tengah-tengah masyarakat serumpun Melayu kita?,” katanya.

Beliau berkata, pusat pengajian Melayu di rantau ini perlu mengadakan jaringan dengan pusat-pusat utama di Eropah demi capaian akademik yang tinggi nilai universalnya.

Rais yang menyambut baik penganjuran persidangan mengenai pengajian Melayu di kota London, buat pertama kali setelah beberapa dekad yang lalu, turut mengesyorkan pusat-pusat pengajian Melayu di Malaysia supaya mengambil berat perkara-perkara berkaitan budaya dan tamadun Melayu dengan elemen latihan semula.

“Remaja kita perlu mengetahui susur galur adat dan budi Melayu seperti yang dipelajari Inggeris dahulu,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sebelum Malaysia merdeka, setiap pegawai Inggeris seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford dan Richard Windstedt, mempelajari pantang larang, adat hidup bermasyarakat di kampung dan kaedah mentadbir melalui penghulu.

“Mereka juga mengkaji dan mengamalkan protokol serta bahasa Melayu Istana. Kini kita dahagakan bimbingan adat, asuhan budi, kaedah-kaedah budaya istana dan aspek-aspek pembahasaan Melayu yang baik dan indah,” katanya. – BERNAMA/Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s