Pertembungan Faham Agama di Malaysia: Wahabi dan Ahli Sunnah

TIADA siapa boleh menafikan wujudnya dua kumpulan besar di kalangan umat Islam di negara 1Malaysia sekarang di antara kumpulan yang memakai baju Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dengan kumpulan ilmuan yang digelar sebagai wahabi kerana berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-sunnah.

Nampak seperti ayat di atas itu tidak betul kerana jika seseorang berpegang kepada Al-Quran dan Ahli Sunnah, merekalah ahli sunnah waljamaah tulen, manakala pengamal ASWJ seharusnya tidak mengamalkan sesuatu yang bidaah, maka sepatutnya kedua-dua kumpulan itu berada atas satu kapal nabi Nuh yang sama.

Namun, antara satu kumpulan ilmuan atasan di kalangan yang berbaju AWSJ dengan ilmuan kumpulan berbaju wahabi membawa haluan berbeza, dan bara kemarahan di antara dua kumpulan ini sering kali mengeluarkan percikan-percikan api, yang kadang-kala boleh membakar emosi individu dan kumpulan.

Disebut berbaju wahabi itu kerana label wahabi dipakaikan kepada mereka sedangkan mereka sendiri seperti Sahibul Samahah Mufti Perlis banyak kali menyatakan dirinya bukan wahabi, sebaliknya pengamal al-Quran dan Sunnah tulen, tidak cenderung kepada sesuatu yang bidaah dalam amalan ibadah.
aswj2
Wahabi

Mereka yang berbaju ASWJ atau sebahagiannya berkampung di Persatuan ASWAJA meletakkan diri mereka sebagai pengikut tulen ASWJ, sedangkan kepada kumpulan yang berbaju wahabi menamakan mereka sebagai kumpulan pengamal amalan bidaah (sesuatu ciptaan sendiri, bukan sahih dari Rasulullah).

Dalam konteks Malaysia, beberapa ciri yang biasa dilihat kepada golongan berbaju Wahabi (tidak semestinya mereka penganut faham Muhamad Abdul Wahab) ini antaranya tidak cenderung membaca qunut dalam sembahyang subuh, tiada wirid-wirid panjang selepas solat fardhu di masjid, tiada doa berjamaah, tiada tahlil di kubur selepas jenazah dikebumikan dan beberapa ciri lain.

Antara guru yang dikaitkan dengan kumpulan ini termasuklah Ibnu Taimiyah dan sebahagian pengikutnya tidak cenderung hanya kepada satu mazhab Syafie.

Sebaliknyanya, golongan yang dikatakan ahli sunnah ini sebahagian besar guru-guru mereka terdiri dari pengamal-pengamal thariqat. Dalam tradisi Islam di Malaysia, mungkin kerana pengaruh golongan sufi yang membawa masuk Islam ke rantau ini termasuk Malaysia, maka tradisi ini sudah biasa.

Masyarakat kebanyakan seperti lebih ramai yang bersama-sama dengan kumpulan ASWJ ini.

Dalam sejarah Islam awal, gelaran kumpulan ASWJ atau ahli sunnah wal jamaah tidak muncul kecuali selepas berlaku pergolakan politik di antara kumpulan syiah dan lawannya, maka yang lawan kepada kumpulan politik syiah dikelompokkan sebagai ASWJ.

Sejarah juga menyaksikan muncul kumpulan rasionalis atau dikenali sebagai kumpulan muktazilah di zaman kegemilangan Islam yang menyuhtuh hal aqidah, ketuhanan dan pemikiran, maka muncul kumpulan yang mengasingkan diri dari kumpulan rasionalis berkenaan dengan membawa faham aqidah yang dikatakan lebih mendekati kehendak al-Quran dan Sunnah seperti pengikut Asyaari dan Maturidi.

Kumpulan itu juga menamakan diri mereka ASWJ.

Ini bermakna ASWJ pernah muncul dalam konflik politik yang merebak pula kepada konflik bidang lain seperti sunni-syiah, konflik aqidah di antara Asyairah/Maturidiah dengan Muktazilah dan sekarang ‘panas’ di Malaysia di antara kumpulan yang menggelar diri ASWJ dengan kumpulan yang lebih bersifat ASWJ.

Di negara jiran kita Indonesia konflik di antara kumpulan Nahdatul Ulama (mendekati ASWJ Malaysia) dengan kumpulan Muhamadiah (mendekati kumpulan Wahabi Malaysia) berlangsung sekian lama dengan membawa faham dan tindakan amal berbeza pula – malah seringkali permulaan hari raya pun di sambung berbeza di antara kedua-dua kumpulan berkenaan.

Kumpulan Naddatul Ulama dan Muhamadiah juga mempengaruhi politik negara kerana mereka mempunyai ahli yang ramai pengikutnya.

Bagaimana dengan Malaysia?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digolongkan sebagai kumpulan bidaah kepada pengikut Wahabi kerana sering kali berbaju dan menghadiri majlis ‘Ya Hanana!’, maka dia dikatakan pemegang payung pelindung kepada puak pengamal bidaah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang berasal dari Perlis pula dikatakan pemayung kepada Mufti Perlis kerana dilihat mempunyai faham yang sama. Malah, Perlis bukan hari ini cara hidup mereka ‘wahabi’, malah sudah berpuluh tahun mereka berfahaman begitu.

Kuku Datuk Seri Dr Shahidan terpaksa disembunyikan kini kerana aura dan kuasa Timbalan Perdana Menteri agak kuat dan berbisa.
drasyraf4
asyraf

Sebaik sahaja ada kenyataan yang tersiar dalam Malaysiakini baru-baru ini oleh Timbalan Menteri Agama, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berbunyi, Wahabi Bukan Ajaran Sesat, terus sahaja Presiden Aswaja Ustaz Zamihan menyerang dengan bahasa agak kesat terhadap Dr Asyraf Wajdi. Dr Asyraf Wajdi memulihkan kembali imejnya sebagai golongan pro geng pondok dan bersama-sama berjubah dengan kumpulan ‘Ya Hanana!’.

asri-zamihan

Ini menunjukkan Ustaz Zamihan mempunyai payung yang agak kuat dikaitkan dengan Timbalan Perdana Menteri kerana begitu berani menegur Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, walhal Ustaz Zamihan merupakan kakitangan kerajaan di bawah kuasa Dr Asyraf Wajdi.
aswj1
aswj

Nasib baik pertembungan dua kumpulan ini belum muncul secara jelas dari segi parti politik, walaupun kebanyakan yang berada dalam kotak ASWJ seperti penyokong kerajaan manakala kumpulan Wahabi dikaitkan dengan pembangkang. Ini mungkin kerana Dr Asri sering kali dilihat menyebelahi kumpulan pembangkang dan mengkritik Perdana Menteri.

Semalam, satu NGO baru menamakan diri mereka Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN) meminta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menghormati umat Islam di negara ini yang dikatakan berpegang teguh kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Pengerusinya, Abd. Kareem Said berkata, Dr. Mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan DrMaza hanya boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hukum untuk orang Islam di negeri itu sahaja, bukan negeri lain.

Katanya, Maza juga harus menghormati pandangan mufti lain yang bercakap mengenai Islam berdasarkan fahaman ASWJ.

“Sebagaimana ahli gabungan AMIN menghormati Sultan Perlis, Maza juga harus menghormati Sultan dan Mufti di luar negerinya.

“Ingatan daripada kami ialah jangan sebar fahaman kamu di luar Perlis kerana kami adalah dari fahaman ASWJ. Jika kamu bercakap dalam negeri kamu, itu hak kamu,” katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna, Villa Puteri Condominium. Sebelum itu, beliau menyampaikan taklimat bertajuk ‘Isu ancaman akidah dan keselamatan pada bangsa Melayu’ kepada ahli gabungan AMIN yang melibatkan 112 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Abd. Kareem, tindakan Maza merakamkan ceramahnya yang kemudian dimuatnaik dalam laman media sosial Youtube sehingga ditonton oleh ratusan umat Islam pelbagai peringkat usia dan boleh merosakkan akhlak anak-anak muda yang baharu hendak mengenali Islam.

Mengulas lanjut mengenai tindakan itu, beliau berkata, selalunya orang yang suka membuat bising adalah tin kosong.

Kenyataan AMIN itu mengambarkan pertembungan kini bukan hanya di kalangan kumpulan, bahkan merebak juga perbezaan di kalangan mufti dan sultan negeri-negeri.

Ya, Johor sudah membuat kenyataan terbuka untuk menghalang mana-mana penceramah yang dianggap Wahabi memasuki negeri itu, seperti mana Dr Maza yang pernah menghalang pendakwah yang dikatakan bukan alirannya berceramah di Perlis.

Apakah ada jalan penyeklesaian kepada konflik ini dalam masa terdekat ?

Advertisements

3 thoughts on “Pertembungan Faham Agama di Malaysia: Wahabi dan Ahli Sunnah

  1. Setuju sungguh. Ahli sunnah wal jamaah akur yang aka ads perbezaan pendapat maka mereka mengikut keputusan Ustaz2 dan Fatwa terakhir Jumhur Ulama.

    Mereka tidak pernah menyalahkan atau melarang Umat Islam yang tidak sama fahaman dengan mereka dan yang tidak ikut cara mereka.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s