So Wincci Berhasrat Bercinta Dengan Pemuda Melayu

JARANG dapat berlakon drama Melayu, penyanyi Soo Wincci berhasrat dapat membawa watak gadis Cina yang jatuh cinta dengan lelaki Melayu.
winci
“Saya juga impikan membawa watak seorang wanita Cina yang sedang dilamun cinta dengan jejaka Melayu. Lagipun cinta tidak mengira bangsa dan ia tidak mengenal batas,” katanya.

“Saya teringin watak lain daripada yang lain seperti watak [yang tarik rasa] kasihan, hendak [bawa] sesuatu yang berbeza daripada perangai [biasa] saya. Mahu hodohkan saya juga OK.”

Bekas ratu cantik Malaysia yang dilanda kontroversi politik setahun lalu, gara-gara mengkritik perdana menteri, baru menyiapkan dua buah drama, termasuk di luar negara.

“I’m Not A Loser” dilakonkan di Kuala Lumpur, sementara “Scent of Jasmine” di China, kata Soo kepada ProjekMMO, Khamis lalu, selepas pelancaran album kumpulan rock Mad August di sini.

“Dalam drama ‘I’m Not A Loser’, saya bawa watak seorang pensyarah universiti yang samseng. Drama ini dijangka ditayangkan tahun depan,” katanya.

“Saya berkesempatan berlakon dengan Angeline Tan. Dalam drama ini, dia jadi ibu saya. Drama ‘Scent of Jasmine’ pula, saya bawa watak peniaga dan berlakon di China.”

Soo kini “serik berpolitik” selepas dilihat menyokong demonstrasi Bersih 4, Ogos tahun lepas, sehingga merugikan penajaan konsertnya, Oktober lalu.

Beliau terpaksa mengeluarkan wang sendiri kira-kira RM500,000 selepas penganjur membatalkan tajaan konsert solonya Simply Inwinccible di KLCC.

Walau sibuk dengan kegiatan seni, penyanyi “Jangan Risau” sempat menghabiskan pengajian dalam bidang pentadbiran perniagaan di Open University Malaysia di Kuala Lumpur.

Menjalankan kajian “Celebrity Personal Brand Strategies on Online Social Media”, beliau kini teruja menantikan majlis penganugerahan ijazah, Oktober ini.

“Saya tidak sabar hendak ambil ijazah doktor falsafah. Sekarang saya hendak berehat dulu hingga majlis konvokesyen dua bulan lagi,” kata pelakon “Lemang Sebatang”.

“Sebelum ini saya kerja kuat sambil belajar selama enam tahun. Sudah banyak tahun saya tidak berehat sebab banyak membuat persembahan dan berlakon.”

Selepas ini, beliau bertekad menumpukan sepenuhnya pada kegiatan seni yang terhalang akibat sibuk dengan pelajaran “hingga hampir berputus asa, tidur pun dua atau tiga jam sahaja.”

Jika sebelumnya Soo enggan melayan pertanyaan mengenai jodoh, namun kali ini penyanyi “Berdua Sahaja” mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya berharap sebelum umur 35 atau 40 tahun, saya sudah berkahwin. Saya hendak berkeluarga juga, barulah lengkap hidup ini,” katanya.

Beliau mencari calon suami yang dapat memberi kebebasan kepadanya, menyokong kerjayanya dan seorang penyabar. – Malaymail

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s