Zamihan Ajak Dr Asri Debat Tajuk: ‘Ajaran Wahabi di Malaysia: Fakta Atau Auta’

Perbalahan antara Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Zamihan Mat Zin dan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin nampaknya tidak ada kesudahan.
asri-zamihan1
Ini kerana Zamihan berkata beliau sedia menyahut cabaran Mufti Perlis itu untuk mengadakan dialog mengenai fahaman Wahabi yang sebelum ini ditujukan kepada NGO Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN).

Katanya, Asri kini kepanasan apabila AMIN mahu bertindak ke atasnya berikutan penyebaran fahaman Wahabi di negara ini.

“Ternyata Mufti itu kepanasan, meroyan dan cepat melatah dalam mempertahankan kredibiliti Wahabi yang beliau sendiri rancu dan keliru tentangnya.

“Selaku Presiden ASWAJA dan salah satu NGO yang bergabung dengan AMIN, maka saya menyahut seruan dialog yang dicanangkan Mufti Perlis secara terbuka,” tulisnya di Facebook.

Zamihan turut menentukan tajuk forum itu ‘Ajaran Wahabi di Malaysia: Fakta atau Auta?’.
cabar-zamihan
Semalam Asri mendesak AMIN untuk berdialog mengenai “Bahaya Ekstrimisme Agama” di Perlis namun NGO itu menolaknya atas alasan tidak mahu berbalah.

Ia kerana AMIN dilapor mendesak kerajaan supaya membanteras fahaman Wahabi yang dilihatnya memberi ancaman keselamatan kepada negara.

Jurucakapnya, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied dilaporkan berkata Wahabi yang dikaitkan dengan ilmuwan Ibnu Taimiyyah tidak sesuai diamalkan di negara ini kerana menjurus kepada gerakan militan ekstrim seperti IS.

Ia dilaporkan turut mendesak pihak berwajib supaya mengharamkan penceramah yang dilihat mengajar fahaman Wahabisme dalam apa jua bentuk di negara ini, dan desakan itu turut ditujukan kepada Asri.

Mengulas lanjut, Zamihan berkata Asri dilihat bersikap pra-matang, dangkal dan jelas melambangkan kejahilannya sebagai seorang mufti dalam bidang akidah, pemikiran dan fikah mazhab muktabar berkaitan isu Wahabi.

“Saya boleh bongkar dakwaannya satu persatu dengan selamba, mudah dan berfakta. Bagaimanapun saya tidak mahu mengaibkannya sama sekali,” katanya.

Zamihan turut mencadangkan supaya sesi dialog itu diadakan dalam sidang Majlis Fatwa Kebangsaan di Jakim kerana terdapat ramai ulama dan bukannya di Perlis seperti dicadangkan Asri.

“Mereka boleh menilai dan membuat keputusan segera selepas majlis dialog berkenaan. Anda dan saya juga tidak mampu untuk melakukan sebarang teknik ‘spin’ sama sekali.

“Dialog di gelanggang Perlis atau di depan orang awam amatlah tidak sesuai. Ia lebih menambah fitnah berbanding natijah,” katanya.

Zaminah turut mengingatkan Asri supaya tidak memberi banyak alasan untuk menyertai dialog itu.

“Seorang Mufti haruslah seorang yang berani dan bercakap benar. Hubungi saya segera untuk tempahan dialog tanpa sebarang bayaran dan prejudis,” katanya.

Awal tahun lalu, satu majlis debat antara Zamihan dan Asri diatur oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai pemikiran ekstrem di negara ini.

Program itu kemudian dinasihat pihak berkuasa – termasuk Polis Diraja Malaysia – diadakan secara tertutup dan dalam format dialog.
Tarikh asal yang dicadangkan adalah pada 10 Februari dan ditunda kepada tujuh hari kemudian selepas Zamihan terpaksa bertugas di Penjara Machang.

Namun Zamihan tidak hadir di sesi berkenaan.

Menafikan takut atau melarikan diri beliau menjelaskan ketidakhadirannya disebabkan tidak dimaklumkan mengenai majlis itu.
asri-cover
Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata pihaknya sedia menganjurkan dialog dan menjemput Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin supaya berdialog di negeri itu.

“Insha Allah, pihak saya akan menyediakan pentas yang luas sama ada di masjid ataupun di dewan yang besar.

“Jemputan untuk beliau akan menyusul Insha Allah. Harap kali ini tiada pelbagai alasan lagi sebab beliau yang memulakan semula cabaran,” katanya dalam kenyataan disiarkan di laman Facebooknya.

Menurut Asri, ini adalah kali ketiga Zamihan mengajaknya berdebat dengan slogan “Bila-bila masa dan di mana sahaja”.

Bagaimanapun katanya, selepas bersetuju dengan debat berkenaan dan program diatur, Zamihan tidak hadir dengan pelbagai alasan.

“Saya ketika itu semacam nekad enggan layan lagi jika ada cabaran beliau di masa hadapan. Namun kali ini nampaknya macam beliau ingin berdebat pula seperti kenyataan beliau dalam MK (Malaysiakini).

“Saya fikir beliau suka membuat tuduhan rambang kepada pelbagai pihak dengan perkataan ‘mu lah kafir, anjing, murtad, masuk neraka dan lain-lain sehingga menimbulkan kegusaran awam.

“Maka orang awam khususnya rakyat Perlis patut diberi peluang melihat secara terbuka satu dialog dengan beliau,” kata Asri.

Selain itu, katanya, ada seorang AJK ASWAJA yang dikenali sebagai Abu Syaqi juga ingin berdebat di Perlis.

“Untuk beliau itu rasanya memadailah Ustaz Salman Ali yang merupakan tokoh ilmuan muda akan mewakili isu ‘Bahaya Terrorism’ bagi menunaikan hajat beliau berkenaan.

“Kita akan pilih satu tarikh dialog ilmiah terbuka dua hari berturut-turut di Kangar yang membabitkan dua dialog berkenaan.

“Orang ramai, rakyat Malaysia dan nusantara bolehlah datang ke Kangar Perlis. Ini akan memakmurkan Perlis dan Perlis diharapkan menjadi pentas wacana ilmu negara,” katanya.
aswj1
Terdahulu, Zamihan hari ini berkata beliau sedia menyahut cabaran mufti Perlis itu untuk mengadakan dialog yang sebelum ini ditujukan kepada NGO Gabungan Angkatan Melayu Islam Nusantara (AMIN).
Zamihan juga mahu menentukan tajuk forum itu berbunyi ‘Ajaran Wahabi di Malaysia: Fakta atau Auta?’.

Semalam Asri menggesa AMIN berdialog mengenai “Bahaya Ekstrimisme Agama” di Perlis namun NGO itu menolaknya atas alasan tidak mahu berbalah.

Ia berikutan kenyataan AMIN supaya kerajaan mengharamkan penceramah seperti Asri kerana mengajar fahaman Wahabisme yang didakwanya mendorong ektremisme dan mengancam keselamatan. – Malaysiakini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.