Majlis Belia Terengganu Sokong Sempadan Semula dan Tambah Bilangan Parlimen

zaidi
Presidennya, Zaidi Muda, berkata lebih baik jika boleh dilaksanakan setiap DUN mempunyai jumlah pengundi tidak melebihi 10 ribu pengundi bagi membolehkan setiap Wakil Rakyat yang dipilih dapat menyempurnakan tugasnya dengan baik.

“Cuba kita bayangkan jika pengundi di sesuatu DUN terdapat 20 ribu atau lebih, manakala di kawasan Parlimen mempunyai 100 ribu pengundi, cuba bayangkan bagaimana seseorang Wakil Rakyat dapat memberi tumpuan kepada rakyatnya.

“Saban tahun jumlah pengundi akan bertambah di setiap kawasan pilihanraya Parlimen atau pun Peringkat DUN. Dengan pertambahan pengundi, sudah tentulah ia akan menyukarkan Wakil Rakyat menjalankan tugas dengan baik bagi memenuhi kehendak rakyat,” katanya kepada Penyusakti.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Terengganu, Ariffin Deraman seperti dilaporkan dalam akhbar Sinar hari ini pula berkata sekurang-kurangnya empat kawasan parlimen dan 16 kawasan Dun baharu perlu diwujudkan di negeri ini berdasarkan faktor asas termasuk jumlah bilangan pengundi.

Perkara itu sepatutnya dipertimbangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memandangkan sudah 23 tahun tidak berlaku persempadanan semula melibatkan pertambahan kerusi dengan pertambahan kali terakhir berlaku pada 1993.

Berdasarkan cadangan baharu bagi persempadanan semula negeri ini khususnya, Ariffin berkata, ia sekadar melibatkan pecah sempadan pilihan raya iaitu perubahan masuk dan keluar peti undi dalam kawasan Dun atau Parlimen yang dilihat lebih bersifat politik.

“Sudah 30 tahun pertambahan Parlimen dan Dun tidak dibuat. Menjadi tugas SPR mencadangkan supaya tambah Dun dan Parlimen dan bantahan itu serahkan kepada kami iaitu orang politik (untuk membahas) khususnya di peringkat Dun.

“SPR tidak sepatutnya keberatan kerana khuatir tidak dapat sokongan dua pertiga daripada kerajaan atau pembangkang (jika pertambahan kerusi disyorkan). Kami berasa kesallah usul di Terengganu sudah 30 tahun dan kalau 10 tahun akan datang tetap begini, maknanya 40 tahunlah persempadanan tidak akan berlaku… dan satu-satu Dun akan mengalami jumlah pengundi yang besar. Di Dun mungkin mencapai 30,000 hingga 50,000 pengundi manakala Parlimen mungkin sampai 150,000 pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini.
umno terengganu
Ariffin yang juga Adun Alor Limbat turut mencadangkan SPR lebih berani memberi cadangan pertambahan kerusi dan tidak memikirkan kesukaran mendapatkan sokongan dua pertiga khusus di Terengganu kerana ia menjadi tanggungjawab ahli-ahli politik untuk membahaskannya di sidang Dun.

Jelasnya, menerusi usul persempadanan oleh SPR ketika ini, jumlah bilangan pengundi yang dikenal pasti di satu-satu Dun menjadi tidak seimbang dan di Wakaf Mempelam memperlihatkan pertambahan pengundi sehingga kira-kira 31,000 orang.

“Kalau tengok Dun Bukit Besi kira-kira 12,000 orang, Paka 24,000, Sura menjadi 25,000. Kenapa Bukit Besi sampai tinggal 12,000 orang? Sepatutnya purata 18,000 hingga 20,000. Jumlah bilangan yang munasabah,” katanya.

Beliau berkata, pertambahan kerusi Dun dan Parlimen bertujuan mengelak kesulitan dan menyelesaikan masalah di sempadan daerah yang ketika ini wujud satu Dun dalam daerah dan Parlimen berasingan.

Sebagai contoh katanya, Dun Teluk Pasu berada dalam daerah Kuala Terengganu tetapi berada dalam Parlimen Kuala Nerus, Dun Alor Limbat (Parlimen Marang, daerah Kuala Terengganu) dan Jabi (Parlimen Setiu, daerah Besut).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s