Terengganu Peruntuk RM16 Juta Untuk Kontraktor Kelas F

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM16 juta bagi membantu kira-kira 800 kontraktor kelas F di negeri ini yang masih belum mendapat sebarang projek tahun ini.
kontraktor
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan itu dijangka akan diberikan sebanyak RM2 juta bagi setiap daerah dengan anggaran sebanyak RM500,000 bagi setiap Dun.

“Kita telah meluluskan peruntukan RM16 juta bagi membantu kontraktor kelas F yang kebanyakannya melibatkan nilai had projek sebanyak RM20,000 ke bawah. Ia juga antara lain bertujuan bagi merancakkan ekonomi setempat.

“Kita akan salurkan duit kepada pejabat daerah untuk urusan ini dan kita percaya dengan peruntukan yang diberikan, ia dapat menjana pertumbuhan ekonomi domestik di mana secara tak langsung beri peluang kepada kontraktor kelas F untuk dapat projek, selain memberi peluang pekerjaan dan membantu kedai barangan perkakasan di negeri ini,” katanya.

Ahmad Razif berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, katanya, kerajaan Terengganu juga meluluskan peruntukan RM2 juta untuk diberikan kepada Tabung Pendidikan Tinggi Yayasan Terengganu (YT) bagi membantu pelajar di luar negara yang tidak mendapat tajaan.

“Mereka boleh buat permohonan pinjaman kepada YT dan pihak yayasan akan menyemak status permohonan mereka dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Bantuan ini khusus kepada pelajar yang tidak mendapat tajaan terutama pelajar kita yang menghadapi masalah di Mesir, baru-baru ini.

“Peruntukan ini adalah salah satu kaedah untuk membantu dan pinjaman yang diberikan ini adalah satu insentif bagi bayaran pendaftaran dan pembiayaan pendidikan mereka. Jadi, mana-mana pelajar yang layak boleh mengemukakan permohonan bermula minggu depan,” katanya.

Ahmad Razif berkata, bantuan diberikan mungkin secara one-off sahaja dan pihaknya akan meneliti kembali inisiatif bagi membantu permasalahan pelajar sekiranya berlaku lagi pada masa akan datang.

Dalam pada itu, pada majlis berkenaan, Ahmad Razif turut menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada Adun Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof untuk diserahkan kepada Muhammad Syafi Mohd Syahrisan, 7, yang mengidap penyakit kanser tulang rahang atau Infantile Fibrosarcoma.

Katanya, bantuan berkenaan disalurkan melalui Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Jertih yang akan menyelaras urusan rawatan dan perubatan Muhamad Syafi. – Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s