Pulau ‘Orang hanyut’ di Bidong Dibuka Kepada Pelancong Tahun Depan

KUALA TERENGGANU: Pulau Bidong yang kedudukannya berhampiran Merang, Setiu dan terkenal dengan keindahan karang laut serta ekosistem yang masih terpelihara, akan mula dibuka kepada pelancong bermula tahun hadapan.
bidong2
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, pembukaan pulau itu kepada pelancong dibuat berdasarkan permintaan tinggi yang diterima terutama daripada pelancong luar Terengganu.

“Pulau Bidong adalah antara khazanah warisan yang menarik minat ramai pelancong sejak kebelakangan ini kerana sebelum ini ia tidak dibuka kepada orang awam, kejernihan serta keindahan karangan laut dan ekosistemnya masih terpelihara.

“Kita dapat begitu banyak permintaan daripada pelancong terutama penyelam yang mahu menikmati keindahan terumbu karang di dasar Pulau Bidong serta ingin melihat keunikan Water Gallery di pulau itu,” katanya seperti dilaporkan dalam Sinar Harian hari ini selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Pelancongan Eko Marin Terengganu (Temco) 2016 di sini, semalam.

Catatan di FB Panggilan Pertiwi menyatakan Pulau Bidong pernah menjadi pusat transit utama pelarian sehingga mencatatkan 40,000 orang pelarian tinggal dalam satu masa.

Sepanjang rekod jumlah pelarian yang tinggal sebelum ianya ditutup pada tahun 1991 tercatat seramai 250,000 orang pelarian pernah tinggal di Pulau Bidong. Sejarah Orang Hanyut Vietnam ini akan kekal sebagai satu sejarah yang tidak akan dapat dilupakan kerana konflik yang berlaku di serantau jika tidak dikawal boleh mencetuskan peristiwa yang sama.

Generasi lahir tahun 80-an atau 90-an tidak pernah mendengar akan hal ini.

Mungkin kebanyakan dari kita telah lupa atau tidak mengetahui bahawa kita pernah berhadapan krisis mengurus pelarian terbesar pada penghujung tahun 1970-an.
bidong1
Maslaysia telah berjaya membuktikan ‘budinya’ kepada orang Vietnam.

Ketika meletus Perang Vietnam, kebanyakan warga Vietnam telah lari daripada konflik bersenjata di negara mereka dengan sebahagian besar menjadi pelarian di negara-negara tertentu.

Malaysia tidak terlepas dari menerima tempias kesan perang di Vietnam apabila kebanyakan pelarian yang lari menggunakan laluan laut telah memilih Malaysia sebagai destinasi mereka dalam mendapatkan suaka politik atau penempatan transit sebelum mereka membina kehidupan baru di negara-negara tertentu.

Pendaratan awal yang tercatit adalah pada Mei 1977 apabila sebahagian pelarian ini telah mendarat di Pulau Perhentian, Terengganu dalam mencari perlindungan. Kemudian diikuti dengan beberapa siri pendaratan pelarian yang kebanyakan berlaku di sekitar pesisir pantai pulau-pulau ataupun pantai Terengganu.
bidong3
Kebanjiran pelarian ini telah mencetus panik pada pihak kerajaan dalam hal ehwal urus tadbir pelarian memandangkan suasana negara kita pada masa tersebut masih bertatih dalam soal mandiri negara selain ancaman komunis sangat aktif pada ketika itu.

Namun sikap perikemanusian dan tanggungjawab semua pihak yang terlibat telah bejaya mengatasi masalah pelarian seperti jasabaik kerajaan negeri Terengganu dalam mewartakan Pulau Bidong sebagai pusat transit utama bagi membantu menyelesaikan masalah penempatan pelarian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s