TQ Facebook: Sayur Sharifah Norizan Laku Bagaikan Goreng Pisang Panas

PONTIAN – Usaha seorang suri rumah di Kampung Parit Mohayat, Ayer Baloi di sini menjadikan halaman rumahnya sebagai pasar sayur nyata tidak sia-sia apabila ia mula mendapat perhatian dek kerana harga yang cukup murah.
sayur-pontian
Malah kisah sayur dengan harga serendah RM2 yang dijualnya menjadi viral di laman sosial Facebook.

Menurut Sharifah Norizan Syed Nasir, 43, idea membuka pasar sayur berkenaan mula tercetus selepas melihat banyak sayur yang dibawa oleh suaminya yang merupakan pemborong sayur rosak akibat tiada pembeli.

Katanya, suaminya Talib Selamat, 48 baharu sahaja menjadi pemborong sayur selepas dia mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pemandu lori sejak awal tahun ini.

“Pelbagai jenis sayur yang dijual tidak kira sama ada sayur buah seperti labu air, labu, timun, peria atau sayur daun seperti kangkung, bayam, sawi, sawi jepun, semuanya didapati di sini.

“Sayur yang dijual tidak akan ditimbang tetapi harga ditentukan dengan beg plastik.

“Ambil apa sahaja sayur, penuhkan dalam beg plastik dan kemudian baru bayar. Itupun dengan harga yang cukup murah iaitu serendah RM2 bergantung kepada jenis sayur,” katanya.

Jelasnya, meskipun baharu memulakan perniagaan sejak awal bulan ini, namun pelanggan yang datang ke pasar sayurnya bukan sahaja penduduk tempatan tetapi ada juga dari luar daerah seperti Johor Bahru dan Pasir Gudang.

“Saya tidak sangka kesan viral di Facebook, orang dari Johor Bahru sanggup datang untuk membeli sayur.

“Terima kasih kerana viralkan kisah sayur murah di Kampung Parit Mohayat,” katanya.- Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s