Boleh Sambung Ke Ijazah Sarjana Berasaskan Pengalaman Kerja – Menteri

JERTIH: Walaupun tidak mempunyai kelayakan akademik cemerlang tetapi rakyat negara ini sekarang berpeluang melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat ijazah sarjana (master) hanya berdasarkan pengalaman kerja.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, peluang rakyat untuk melanjutkan pengajian kini semakin terbuka luas kerana kerajaan melalui kementeriannya memberi kelonggaran rakyat melanjutkan pengajian di universiti tempatan hanya berdasarkan pengalaman mereka.
idris
Menurutnya, peluang ini dibuka melalui program Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Apel) yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Sistem ini semakin mendapat sambutan dan setakat ini kementerian menerima lebih 1,000 permohonan daripada rakyat untuk menyambung pelajaran di bawah program ini di universiti-universiti tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Masuk IPT anjuran kementerian berkenaan di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, di sini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komuniti Negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa.

Tambah Ahli Parlimen Besut itu lagi, pengajian di bawah program ini dijalankan secara separuh masa di samping menggunakan sistem MOOC (Massive Open Online Course) atau Pembelajaran Secara Dalam Talian.

Menurutnya, empat buah universiti dipilih sebagai pusat penilaian untuk menilai pengalaman bekerja pemohon untuk diberikan kredit atau pemotongan masa belajar berdasarkan pengalaman bekerja mereka sekiranya dipilih.

“Universiti penilai itu ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Inti International University, Wawasan Open University dan Open University Malaysia.

Menurut Idris, terdapat dua program Apel diperkenalkan iaitu Apel A dan Apel C yang berdasarkan umur dan kelulusan serta pengalaman bekerja pemohon.

Katanya, Apel A dibuka untuk pekerja berumur 19 tahun yang boleh mengikuti pengajian peringkat persijilan, umur 20 tahun peringkat diploma dan umur 21 tahun ke atas boleh memohon melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

“Apel C pula untuk pekerja berumur 30 tahun ke atas yang memiliki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau diploma bagi membolehkan mereka menyambung pengajian ke peringkat sarjana yang hanya dihadkan untuk bidang perniagaan, pendidikan, teknologi maklumat dan seni persembahan.

“Proses pembelajaran cara ini adalah lebih mudah kerana ia tidak mengutamakan akademik untuk masuk belajar tetapi pengalaman bekerja seseorang pemohon manakala tempoh pengajiannya juga singkat,” katanya.

Katanya lagi, permohonan bagi mengikuti pembelajaran sistem Apel A boleh dibuat melalui talian UPU (unit pusat universiti) manakala untuk Apel C permohonan boleh dihantar terus kepada universiti-universiti berkenaan. – Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s