Makanan Di Auntie Annes Shubhah, Umat Islam Diminta Tidak Membelinya

EKSEKUTIF Halal Auntie Annes, Farhatul Kamilah Mohamed Sazali menasihati umat Islam tidak makan di Auntie Annes kerana makanannya masih lagi shubhah dari segi kehalalannya.
auntie-anne
Sesuatu makanan dalam kategori syubhah boleh jadi makanan itu halal atau sebaliknya, kerana ramuan untuk membuat sesuatu makanan terdiri daripada ramuan yang meragukan atau sebab-sebab lain dari segi syarak.

“Ingin saya tegaskan, Auntie Anne’s bukan pemegang sijil halal Jakim tetapi kami sedang berusaha kearah itu. Jakim mempunyai standard yang sangat tinggi yang harus diikuti oleh semua pemegang sijil halal.

“Pihak Jakim bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan. Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardhu kifayah saya untuk umat Islam,” katanya.

Rangkaian francais menjual pretzel, Auntie Anne sebelum ini berkata Bahagian Hab Halal Jakim belum dapat memberikan sijil halal kepada syarikat itu kerana beberapa prosedur belum diikuti, terutama dokumen lengkap bahan ramuan di dapur utama (central Kitchen) baru sahaja diserahkan dan Jakim juga mencadangkan pertukaran “pretzel dog” kepada nama lain.
farhatul
farhatul1
Beliau berkata, pihaknya tiada masalah dalam pertukaran nama berkenaan dan pihaknya sudah mengemukakan cadangan nama baharu kepada Jakim.

Buat sementara waktu, Farhatul Kamilah tidak menggalakkan umat Islam untuk mengunjungi dan membeli makanan di Auntie Anne sehinggalah jelas status halal rankaian francais itu.

“Bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne’s, saya cadangkan anda menunggu sehingga kami disahkan halal terlebih dahulu kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s