Litar Lumba Motor Di Terengganu Dibuka Januari Depan

KUALA TERENGGANU: Litar bertaraf antarabangsa yang dibina di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak dijangka dapat digunakan mulai Januari tahun hadapan.
mb-ganu
Menteri Besar, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, litar yang menelan belanja RM12.7 juta itu diiktiraf Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan kini 60 peratus siap.

“Pembinaannya sedang giat dibangunkan dan dijangka dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan. Awal tahun depan dapat digunakan bagi perlumbaan permotoran,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pembinaan litar tersebut semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat.

Ahmad Razif berkata, litar seluas 2.4 hektar yang dibina sejak Disember tahun lalu itu juga mampu memuatkan kira-kira 1,500 penonton manakala di perkarangan litar, ia boleh menempatkan lebih 10,000 peminat sukan permotoran.

Beliau berkata, bagi mengelak gangguan bunyi di kawasan persekitaran, Jabatan Kerja Raya telah diminta untuk memasang penghadang bunyi di litar tersebut.

Selain itu, litar berkenaan akan turut dilengkapi komponen seperti litar cub prix sepanjang 1.35 kilometer, trek ujian pecut dan gelanggang drift. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s