Pensyarah IPT Ajar Pelajar Berjinak Dengan Rasuah

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan terdapat kes rasuah melibatkan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) bagi menaikkan gred peperiksaan di negara ini.
rasuah-ipt
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil berkata, bagaimanapun jumlah kes seumpama itu adalah kecil.

Katanya, SPRM pernah menyia­sat kes yang melibatkan pelajar itu dan melakukan pendakwaan.

Beliau berkata, kes dalam kalangan pelajar IPT itu menunjukkan golongan muda turut terlibat dengan rasuah.

“Statistik menunjukkan sebanyak 55 peratus daripada 1,902 orang ditangkap kerana terlibat dengan rasuah sejak tiga tahun lalu terdiri daripada mereka ber­usia 40 tahun ke bawah.

“Kita bimbang jika isu ini tidak ditangani dengan baik, masalah yang lebih besar akan berlaku. Justeru, kita menggunakan pelbagai medium bagi memberi kefahaman dan kesedaran mengenai kesan rasuah kepada masyarakat khususnya pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Program Peningkatan Integriti dan Pencegahan Rasuah Sekretariat Pencegahan Rasuah Institut Pendidikan Mara (SPR IPMA) 2016, di sini, semalam – Utusan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s