Mahasiswi Ulang-alik Kampus, Rumah Jaga Ibu Lumpuh

KUALA LUMPUR: “Biarpun penat, saya rela berulang-alik menaiki motosikal sejauh 15 kilometer dari kampus ke rumah di Putrajaya bagi mengelakkan emak yang terlantar sakit, kelaparan.”
student dewan
Demikian luahan Anis Ayuni Ismail, 22, yang terpaksa mengimbangi antara tugas dan kesibukannya sebagai mahasiswi dengan tanggungjawab menjaga ibunya yang lumpuh seluruh anggota badan.

Siswazah Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Bioperubatan) di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, ibunya, Nik Mah Nik Kob, 62, menghidap penyakit angin ahmar sejak 10 tahun lalu.

“Kalau ada satu hingga dua jam ‘jarak’, saya akan balik ke rumah untuk beri emak makan kemudian pergi ke kelas semula. Setelah habis kelas pada waktu petang, saya akan bergegas pulang untuk mandikan emak dan beri emak makan.

“Emak boleh bercakap tetapi tidak jelas. Saya selalu kena pujuk dia kerana sejak sakit emak sensitif dan cepat menangis,” katanya.

Anak kelahiran Kelantan itu yang merupakan antara penerima ijazah pada majlis Konvokesyen UPM Ke-40 hari ini melahirkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian dan mencapai keputusan cemerlang meskipun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan.- BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s