Menulis, Membaca & Jalan Hidup.

penulis
Penulis tu sapa, Penyu?

Penulis ialah orang yang menerbitkan kata kata di atas kertas di bungkah batu di kulit pokok, dinding-dinding gua dan lain-lain termasuk juga di ruang komunikasi berskrin. Kata-kata yang ditulis itu akan bersarang… menghantui si pembaca. Ia seperti seekor halimunan yang mendampingi hidup pembaca.

Bagaimana jika kata-kata tadi tidak mampu menghantui?

Jika tidak mampu, dia yang menulis itu berfungsi tidak lebih sebagai tukang catat, atau sekadar peniaga himpunan perkataan. Kata-kata baru yang diolahnya tidak dirindui pembaca.

OK, kalau macam tu, kau rasa bilangan penulis kat Malaysia ni ramai ke?

Entah.

II
Satu jalan mudah, jalan yang paling ekonomik untuk memperoleh pengetahuan ialah dengan membaca. Jalan ini juga satu bentuk gaya hidup yang cool, di mana anda ketika anda membaca … anda boleh berada dalam dunia anda sendiri tanpa perlu bantuan sesiapa. Anda berdepan dengan satu kisah hidup dalam buku yang berada di tangan anda. Anda mengekor jalan cerita, anda memahami perwatakan, anda merasa kemanisan-kesengsaraan-kemelaratan-kegilaan-kejujuran-ketinggian fikiran-pertentangan falsafah dsb.

Anda juga mungkin akan terpesona dengan seni bahasa yang halus – yang mungkin tanpa anda sedari perlahan-lahan meresap ke dalam diri anda yang kemudiannya mampu membentuk estetika hidup anda sendiri. Akhirnya, berkemungkinan besar, anda akan berdiri sebagai seorang insan yang ada peribadi tinggi (cultured).

Membaca juga boleh dianggap pragmatik. Tanpa perlu menyelidik sendiri, si pembaca tadi dapat memperoleh pengetahuan yang sudah sedia ditemui (ditulis).

Tenaga dan masa dapat dimanfaatkan untuk dia terus meneroka pengetahuan di hadapan.
edimages32
III
Banyak perkara aku tak tahu, kata A. B yang sama-sama duduk di bangku dengannya mendengar cukup teliti, dia berpaling pada A lalu mencelah: kau tak semestinya wajib tahu semua benda, maksud aku tak mengapa jika kita tidak tahu setiap cerita yang terbit dari bahan cetak radio TV atau sumber media sosial popular. Yang aku sangat percaya, kata B lagi, ialah kita peroleh keluasan pengetahuan melalui jalan menempuh pelbagai dan pelbagai perkara berbeza dalam hidup, kerana ia mewakili perkara langsung yang kita alami sendiri, dan jika lagi banyak maka lagi penuh / lagi kaya diri kita dengan pengertian-pengertian hidup yang berlaku ke atas diri sendiri. A cuma diam dan setia mendengar. Dia mengelak merespons apa-apa. Kemudian dia bangun dari bangku, menghembus asap rokoknya ke atas sambil menoleh ke arah B yang dia tahu akan sentiasa muncul bila dia berseorang diri. B ialah bayangan dirinya yang satu lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s