Menulis: Mengembara Dalam Dunia Perkataan

Tak ada destinasi.

Sebaik awak letakkan pena awak di kertas atau di keyboard, awak akan mula mengembara dalam dunia perkataan. Pada istilah teknikalnya disebut proses.

Sekarang ini saya dah meletakkan pena saya di kertas (ya, kertas, yang ada garisan pemisah) garisannya berwarna biru dan dakwat pen yang saya guna juga berwarna biru.

Sebelum saya memulakan proses ini, hmm mengembara, saya tidak sedar pun garisan kertas yang sedang saya tulis di atasnya sekarang berwarna biru.

Saya tahu dakwat pennya berwarna biru. Dan bila saya mulakan aksara pertama, ohh…baru saya sedar, kedua-duannya – garisan & dakwat pen – berwarna biru.
editor1
Idea yang melekat di kepala saya sebelum ini, garisan dan dakwat pen, warna mereka perlu contrast. Logiknya mudah: ia memudahkan mata saya melihat aksara yang membentuk perkataan yang sedang ditulis, dan memudahkan saya membaca apa yang telah ditulis. Dan saya juga ada kecenderungan percaya, bila wujudnya contrast, saya akan jadi lebih fokus.

Adakah tanpa contrast saya akan tidak fokus? Atau persoalan fokus ini timbul, kerana ia sudah terselit di kepala saya?

Saya rasa yang nombor 2 itu lebih memberi kesan. Lebih signifikan. Saya sendiri yang sudah setkannya jadi begitu. Jadi ia pun memberi kesan pada permainan fikiran saya dalam proses/pengembaraan yang baru saya mulakan ini.

Hmm, saya ni nak mengembara ke mana sebenarnya?

Jawapan yang jujurnya, pada detik ini, saya pun masih belum tahu. Saya seperti tidak ada destinasi.

Yang saya tahu, jika saya terus menyambung mengembara dalam dunia perkataan ini, akhirnya saya akan menemui satu lorong yang akan memandu saya ke suatu destinasi.

Sebaik sampai di sana, saya akan berhenti sekejap. Seterusnya saya akan sambung semula (jika saya mahu) dan akhirnya saya percaya saya akan menemui lorong yang lain pula yang akan memandu saya menuju ke suatu destinasi baru yang berbeza dari sebelumnya.

“Dunia perkataan ini luas, sangat luas! untuk si pengembara di dalamnya.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s