Rafizi Memburukkan Tabung Haji Untuk Pengaruhi Pendeposit TH

BUKAN sekali dua seorang politikus hebat ini ditegur oleh kami di page ini, tetapi beberapa kali. Pelbagai kenyataannya yang mengelirukan orang awam pernah kami bangkitkan dan bidas. Pernah admin DL dan FJ suatu masa dahulu membidas beliau ketika isu pertahanan negara yang beliau memandai-mandai menambah rencah cili palsu sehingga menimbulkan persepsi dan fitnah.
TabungHaji
Kali ini, beliau seperti memanggil kami di The Patriots untuk bersuara mengenai dakwaan yang tidak berasas yang dilontarkan oleh beliau. Lagipun kami masih dalam mood mempertahankan institusi keagamaan daripada diserang dan difitnah oleh anasir kanser yang tidak bertanggungjawab.
Baik, dalam isu ini, saya nak mengajak kita perhalusi quote daripada politikus hebat ini.

“Jika semua pendeposit keluarkan wang pada 31 Disember 2015, TH tak cukup RM3B untuk dipulangkan.”

Benarkah dakwaan ini? Apakah ianya berasas… atau sebaliknya? Kita kena lihat laporan tahunan TH pada tahun 2015. Untuk rekod, selepas kami menyemak dan menyelidiki laporan kewangan tersebut, kami dapati pada halaman 254 dipaparkan bahawa 2015 jumlah simpanan bersih TH, yang merangkumi jumlah kesemua simpanan masuk setelah ditolak kesemua pengeluaran, adalah sebanyak RM4.97 bilion.

Kenapa kami merasakan bahawa dakwaan ini adalah persepsi dan fitnah semata-mata? Ini kerana berhujahkan Nilai Aset Boleh Direalisasi milik TH berjumlah RM64.74 bilion bahkan, lebih membanggakan terdapat lebihan aset bersih bernilai RM1.44 bilion pada tempoh yang sama. Jangan risau… para likers. Anda boleh semak kenyataan kami sekiranya anda membuka Ulasan Operasi Laporan Tahun TH 2015 yang dengan jelas memaparkan tentang asset tersebut pada halaman 127.

Bahkan, Piawaian Perakaunan Malaysia MFRS139 menggariskan bahawa di mana sebarang keuntungan atau kerugian yang timbul daripada perubahan nilai saksama diiktiraf menerusi pendapatan komprehensif lain sehinggalah sekuriti tersebut dijual, dilupus atau dirosot nilai (sila rujuk nota polisi kewangan pada muka surat 267 para 3 C(iv) Lapuran Tahunan TH 2015), membawa maksud bahawa TH tidak perlu menolak susut nilai saham dari keuntungan tahun semasa selagi TH tidak menjual saham-saham yang masih dipegang. Bukan politikus saja boleh buat siasatan…

Sebelum ini, kami telah tegaskan bahawa TH tidak menggunakan simpanan bersih untuk membayar bonus ataupun menenggelamkan kerugian pelaburan. Pembayaran bonus TH adalah dari keuntungan operasi TH dan bukan dari peningkatan simpanan bersih pendeposit. Lagipun kita semua tahu bahawa para pendeposit berhak mengeluar dan menambah simpanan mereka pada bila-bila masa tanpa had atau syarat.

Setiap pendeposit diluar sana harus mengetahui bahawa setiap simpanan pendeposit adalah terjamin mengikut konsep simpanan Al Wadiah Yad Dhamanah serta dijamin oleh kerajaan. Yang paling penting, selama 53 tahun beroperasi TH tidak pernah gagal untuk memenuhi permintaan pengeluaran wang simpanan oleh pendeposit dan semoga ianya kekal berterusan pada waktu-waktu yang akan datang.

Sumber: The Patriot

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s