Pesakit Tak Perlu Pindah Hospital, Doktor Akan Turun

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan melaksanakan konsep hospital kluster bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), mulai tahun depan.
hospital-kt
Pengarahnya, Dr Mohammad Omar berkata, tiga hospital dikenal pasti untuk berkongsi kepakaran yang ada di HSNZ iaitu Hospital Besut, Hospital Setiu dan Hospital Hulu Terengganu.

“Konsep ini akan meringankan beban pesakit tanpa perlu datang ke HSNZ untuk menjalani pembedahan kerana pakar bedah yang akan turun ke hospital daerah itu mengikut keperluan pesakit.

“Tambahan pula hospital itu sudah mempunyai dewan bedah dan kemudahan rawatan yang lengkap selepas pembedahan dilakukan, jadi tiada masalah untuk melakukan pembedahan di sana sahaja tanpa pesakit datang ke HSNZ seperti sebelum ini,” katanya selepas merasmikan Hari Terbuka sempena 30 tahun HSNZ di sini, hari ini.

Selain konsep hospital kluster, Dr Mohamad berkata, kesesakan di HSNZ juga boleh dikurangkan dengan satu lagi alternatif lain iaitu dengan pembinaan hospital baharu di daerah Marang.

“Jabatan sedang memohon pembinaan hospital Marang dan cuba mendapatkan kelulusan pihak atasan untuk memindahkan beberapa perkhidmatan perubatan dari HSNZ ke hospital Marang itu kelak.

“Setakat ini, kerajaan negeri sudah mengenal pasti tanah seluas 24 hektar di Bukit Kor, Marang untuk dijadikan tapak pembinaan hospital daerah itu yang akan menempatkan 150 katil pesakit dan apabila diluluskan kelak, ia akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kesihatan kepada rakyat khususnya di daerah Marang,” katanya. – Bernama/Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s