Laman Web Dalam Bahasa Melayu Mengajak Kepada Kristian

DALAM dunia terbuka sekarang ini, pengaliran sesuatu pemikiran, propaganda dan hujah-hujah bersebaran tanpa ada usaha boleh disekat oleh kerajaan atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Bagi sesetengah orang, peluang ini sangat baik bagi menyampaikan sesuatu idea kepada orang ramai.

Tidak terkecuali golongan pendakwah juga mengambil peluang keemasan ini untuk mengambil ‘pahala’ atau untuk menyampaikan dakwah dengan lebih meluas dan komprehensif.
crist3
Begitu juga kepada pendakwah Kristian.

Mereka juga menggerakkan usaha bagi menyebarkan agama Kristian dengan memberikan idea dalam pandangan mereka lebih benar berbanding dengan agama lain khususnya di Malaysia ini, yang sebelum ini tersekat dengan undang-undang dan Perlembagaan.

Walaupun undang-undang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi dengan berkembangannya dunia telekomunikasi ini pergerakannya akan lebih terbuka, waima disekat oleh SKMM kerana mereka bukan beroperasi di Malaysia tetapi beroperasi di negara lain atau jika di sekat di Malaysia, masih ada browser yang boleh menembusi halangan-halangan berkenaan.

Sekalipun boleh disekat, jika anak-anak kita ke luar negara mereka akan terdedah dengan pertembungan hati dan minda ini maka jika tiada persediaan yang meyakinkan, mereka juga boleh terseret ke agama lain.

Sebahagian penganut Islam di negara kita, beragama kerana warisan yang tidak diperkukuhkan dengan ilmu.

Jika ada diperkukuhpun, ianya hanya berbentuk indoktrinasi, bukan membawa keyakinan dengan hujah yang boleh diterima oleh akal waras dan hati yang murni.
crist1
Satu laman web, answering-islam, menjadi contoh bagaimana kritikan terhadap al-Quran, Islam dan Nabi Muhammad bersama-sama dengan hujah-hujah telah disiarkan begitu lama dan umat Islam khususnya di Malaysia, masih berdebat dalam hal faham Wahabi dan Ahli Sunnah Waljamaah (ASWJ).
aswj-zamihan
Alangkah elok jika tenaga dan fikiran dalam debat Wahabi-ASWJ itu disalurkan kepada menjawab hujah-hujah answering-Islam ini kerana mereka mempertahankan hujah mereka berdasarkan akal, naqal dan sejarah, bukan sahaja dengan memetik kitab Taurat, Injil dan Zabur malah memetik al-Quran yang bagi mereka mengandungi kontradiksi.

Laman ini juga menyediakan sudut bahasa Malaysianya dengan mempunyai berpuluh-puluh artikel mengkritik al-Quran, Islam dan Nabi Muhammad.

Ada juga pengakuan atau ditulis kesaksian beberapa muslim tempatan yang telah memeluk agama Kristian, dengan menyatakan sebab bagaimana mereka boleh memilih Kristian, berbanding Islam.
crist4
Dalam laman ini juga satu artikel panjang lebar lima sebab biasa orang Islam meninggalkan agama tradisi, lalu memilih Kristian untuk lebih mudah masuk syurga apabila mati, berbanding dengan menyertai agama Islam.

Ada beberapa artikel yang memerlukan penyelidikan dan pembacaan meluas untuk menjawab khususnya dalam mereka mencari kontradiksi al-Quran dan Sains Moden serta mereka telah membalas balik hujah Bucaille dan Ahmad Deedat, yang umat Islam kekurangan penghujah sebaik Ahmad Deedat. Zakir Naik mungkin boleh mengambil peranan dalam hal ini, tetapi bagaimana pula dengan pengetahuan saintifik mengenai alam dan manusia dalam al-Quran yang dikatakan bercanggah dengan sains moden.
crist2
Oleh sebab laman ini dibuat dalam versi English dan ada juga versi Melayu Malaysia selain versi Melayu Indonesia, maka dijangka ramai boleh mengaksesnya.

Bayangkan generasi anak cucu kita esok akan terkapai-kapai untuk mempertahankan Islam, Al-Quran dan Rasulullah jika kita tidak menyediakan hujah-hujah yang logik, kukuh hingga sampai ke peringkat yakin, bukan hanya mengambil sikap ‘kamu wajib percaya, jangan banyak tanya’.
crist5
Hujah intelektual perlu juga dijawab secara intelektual, bukan emosi.

Jawapannya bukan hanya sekadar memetik satu dua ayat Quran dan hadis, kerana mereka juga memetik al-Quran.

Berbanding 20-40 tahun dahulu, minda dan hati anak-anak kita boleh dijinakkan dalam lingkungan Malaysia, tetapi tidak lagi hari ini, apa lagi hari esok.

Sesungguhnya, laman web ini menyediakan cabaran intelektual untuk dijawab, maka siapakah yang sudi mengambil peranan ini?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s