Dr Amin Dapat PhD, Walau Dah Bersara

Oleh: Penyu Utara
img-20161113-wa0017.jpg
Dalam usia 63 tahun, Mohmad Dr Amin Idris, berulang alik ke perpustakaan di pelbagai institut pengajian tinggi bagi mencari bahan-bahan untuk melengkapkan tesis Ph.Dnya.

Begitulah keadaan yang berlangsung hampir selama enam tahun, sewaktu Bang Amin, nama sapaan yang mesra dengannya memulakan ‘projek’ Ph.D (DBA) nya dalam bidang keusahawanan sewaktu beliau masih dalam perkhidmatan sebagai pensyarah kanan di sebuah IPT di utara Semenanjung.

Dengan kepakaran sedia ada kepada dirinya, iaitu menyelia projek, termasuk meneroka dan melihat daya maju sesebuah projek, beliau meletakkan pengalaman dan minat beliau ke dalam tesis Ph.Dnya.

Sewaktu ditemubual penyusakti.wordpress.com berkenaan apakah motivasi di sebalik usaha gigih beliau itu, sedangkan pada masa yang sama beliau telah boleh berada dalam kehidupan selesa sebagai pesara tanpa bersusah payah.

‘Personal satisfaction, kepuasan yang tersendiri apabila jerih perih saya selama ini berjaya, katanya.

Selain itu, katanya kejayaannya diharap menjadi aspirasi kepadaanak-anak beliau sendiri dan kepada anak-anak muda yang berpotensi untuk meneruskan pelajaran.

‘Paling penting, saya ingin membuktikan kepada anak-anak muda ini, kita bercakap dan kita buat. Kita jangan hanya pandai bercakap’, katanya.

Sewaktu ditanya wartawan penyusakti mengenai hala tuju beliau setelah mendapat phD, beliau menjawab.

‘Selagi masih sihat, saya sedia memberikan sumbangan kepada mana-mana organisasi khasnya IPT yang berminat membangunkan kepakaran dan penyelidikan dalam bidang keusahawanan, khasnya berkisar sekitar penerokaan bidang baru dan daya maju sesebuah projek’, ujarnya.
img-20161113-wa0023.jpg
Untuk rekod, sepanjang perkhidmatan Dr Mohmad Amin di UUM Cawangan Kuala Lumpur (UUMKL) sebagai pengarah, dengan sokongan pengurusan university beliau telah memulakan UUMKL dari kosong, dengan bangunan tanpa sebarang ubah suai, memperkenalkan sistem baru, melakukan marketing dengan jaumlah staf yang sangat terhad pada masa itu.

‘Paling membanggakan saya, bilangan pelajar Ph.D (DBA) kohort pertama di UUMKL bermula seramai 24 orang.

Kemuncaknya seramai lebih 200 pelajar yang mengambil DBA sebelum saya meninggalkan (UUMKL)’, katanya.

Dari segi kewangan, beliau turut berbangga dengan legasi yang ditinggalkan kerana di bawah pentadbirannya UUMKL telah berjaya membeli bangunan sepenuhnya sebanyak RM13 juta pada masa berkenaan.

Sekarang ini, belaiu sangat berbangga apabila melihat UUMKL sedang berkembang pesat di bawah pentadbiran UUM semasa, sehingga mampu membeli bangunan tambahan dengan pelbagai projek yang dilihatnya sangat berdaya maju.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s