Makin Terbuka Peluang Khairul Azam Bertanding dan Menang Di Parlimen Pandan

PELUANG untuk peguam muda, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz untuk bertanding dan memenangi kawasan Parlimen Pandan semakin terbuka apabila penyandangnya tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang, sekali pun kes itu dalam proses rayuan.

Kecuali digugurkan kes berkenaan.
azam12
Mohd Khairul Azam atau dikenali dalam facebooknya Buzze Azam, turut menjelaskan mengenai kes yang dihadapi oleh Rafizi.

Dalam facebooknya, beliau menulis:

Mengikut seksyen 8(1)(c)(iii) OSA, seseorg yg menyimpan atau dlm milik kawalannya apa2 dokumen yg telah di klasifikasikan sebagai dokumen RAHSIA di bawah OSA, maka beliau boleh di hukum penjara minima 1 tahun atau maksima 7 tahun.

Ok,APAKAH DOKUMEN RAHSIA YG RAFIZI TAK BERHAK SIMPAN?

Dokumen itu adalah mukasurat 98 Laporan Ketua Audit Negara yang jika di baca dan di huraikan oleh Rafizi ianya membawa maksud :-
“Berlakunya keterlibatan LTAT di dalam projek 1MDB dan masalah kewangan 1MDB telah membawa kesan kepada kedudukan kewangan LTAT yg sering lewat membayar caruman kepada pesara tentera.”

APAKAH BEBAN PEMBUKTIAN PENDAKWAAN TERHADAP RAFIZI?

Pendakwa hanya perlu membuktikan perkara berikut :-

1. Bahawa satu dokumen telah diklasifikasikan sebagai RAHSIA di bawah OSA.
2. Bahawa salinan dokumen Rahsia berkenaan berada dlm simpanan dan kawalan Rafizi.
3. Bahawa Rafizi tidak memiliki kebenaran untuk memperolehi atau memiliki salinan dokumen Rahsia berkenaan.
4. Bahawa Rafizi yg tidak memiliki kebenaran untuk memperolehi dokumen berkenaan telah menyebarkan pula salinan dokumen Rahsia berkenaan kepada orang awam melalui sidang media dan tulisan di laman web rasmi milik beliau.
5. Bahawa Rafizi melakukan perbuatan itu dengan niat curang untuk mendedahkan satu dokumen Rahsia di bawah OSA.

ADAKAH BERMAKSUD KANDUNGAN SALINAN MUKASURAT 98 LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA ITU BENAR MENGIKUT TAFSIRAN RAFIZI?

Isu kandungan laporan mukasurat 98 itu samada ianya benar atau tidak BUKANLAH ISU UNTUK DI BICARAKAN DI PERINGKAT PENDAKWAAN di Mahkamah Sesyen. Pendakwa hanya perlu membuktikan isu 1 hingga isu 5 seperti di atas.

Namun Mahkamah FB tetap bebas membuat tafsiran dan analisis isu mengikut kepala mak bapak masing2 kerana anda semua adalah Hakim Negara di fb.
Teks penuh sidang media Rafizi di Parlimen berkaitan isu ini boleh di rujuk ke laman web beliau dan search lah penulisan beliau bertarikh 28 Mac 2016 (jika dia tak delete lagi posting tu)

JANGKAAN ISU RAYUAN?

Ketika membela diri, Rafizi memohon keseluruhan kandungan mukasurat 98 itu di dedahkan di mahkamah tetapi mahkamah enggan menerima permohonan Rafizi berkenaan.
Rafizi berhujah, jika tidak di bekalkan keseluruhan kandungan ms 98 itu, sukar utk beliau membela diri.
Saya percaya isu samada Rafizi patut di bekalkan atau tidak dengan keseluruhan kandungan mukasurat 98 berkenaan utk membolehkan beliau membela diri akan menjadi isu terhangat di peringkat Rayuan nanti.

KESIMPULAN

Kes ni panjang lagi. Lepas rayu ke Mahkamah Tinggi,boleh rayu lagi ke Mahkamah Rayuan. Kurang2 saya jangka 5 tahun lagi pun belum tentu settle.
rafizi
Sementara itu, Peguam Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli Gobind Sing Deo dalam mStar berkata, Rafizi tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum akan datang melainkan sabitan terhadapnya digugurkan.

“Jika terdapat sabitan dan beliau dihukum denda sehingga RM2,000 atau lebih dari setahun penjara, beliau tidak layak sebagai calon, jadi tidak boleh bertanding,” kata peguamnya kepada The Star Online pada Isnin.

Bagaimanapun, Gobind berkata, Rafizi masih boleh menjadi Ahli Parlimen sehingga “sabitan tersebut tidak boleh dikemukakan rayuan sepenuhnya”.

Pada Isnin, Naib Presiden PKR itu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana memiliki laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kebenaran dan mendedahkannya kepada media.

Rafizi didakwa memiliki halaman 98 laporan audit berkenaan tanpa kebenaran, yang mana beliau telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Beliau turut didakwa kerana mendedahkan kandungan laporan audit yang sama menerusi satu sidang media pada 28 Mac lalu, tanpa kebenaran.

Hakim, Zulqarnain Hassan membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s