Tidak Benar Gaji Dan Elaun Pemain Skuad Penyu RM11 Juta

KUALA TERENGGANU: Insiden penyebaran senarai lengkap pasukan Terengganu berserta jumlah gaji diperuntukkan musim depan di Facebook dan WhatsApp sejak kelmarin, bukan sahaja mendapat kritikan daripada penyokong setia skuad Penyu.
rozi
Malah, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu turut mengecewakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat yang menyifatkan perbuatan tersebut seolah-olah cuba merosakkan persiapan pasukan Terengganu musim depan.

Sehubungan itu, kata Rozi, pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu menyiasat individu berniat jahat itu dan dibawa ke muka keadilan.

“Apa yang saya boleh katakan, semua maklumat itu sebenarnya tidak betul, memandangkan kita masih belum buat sebarang keputusan muktamad mengenai pemilihan pemain musim depan.

“Saya amat kecewa dengan individu tidak berintegriti seperti ini. Tindakan tegas akan diambil jika kita dapat tahu siapa dalang sebenar yang melakukan perbuatan jahat ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
pemain-terengganu
Penyebaran maklumat disifatkan ‘rahsia’ itu dilihat sedikit sebanyak memberi tekanan kepada ketua jurulatih baharu Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, yang sebelum ini diberikan mandat sepenuhnya untuk membentuk pasukan bagi mengharungi saingan Liga Perdana musim depan.

Mengulas lanjut, Rozi berkata, pihaknya sudah menghubungi Irfan Bakti dan memaklumkan bekas pengendali Felda United itu masih berhasrat untuk membimbing pasukan Terengganu.

Katanya lagi, semua pihak diminta menunggu keputusan muktamad dan pengumuman rasmi pemain pasukan Terengganu bagi musim 2017, yang akan dibuat pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu yang juga Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

“Justeru, kita harap persiapan dilakukan Irfan Bakti untuk membentuk pasukan musim depan, berjalan seperti biasa tanpa gangguan selepas ini,” – katanya. – Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s