Azmeer Yusof Ditawar Gaji RM50,000, Kontrak Kebersihan Nilai Ratusan Ribu

PEMAIN pertahanan Kedah, Azmeer Yusof dilapor mendapat tawaran mewah daripada sebuah pasukan Liga Super yang berpangakalan di Lembah Klang.

Menurut sumber, Azmeer yang merupakan pemain kelahiran Perak ditawarkan gaji sehingga RM50,000 sebulan jika menyertai skuad berkenaan untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
azmeer
Selain gaji mewah itu, Azmeer dilapor turut ditawarkan kontrak kebersihan bernilai ratusan ribu daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri berkenaan sebagai tawaran tambahan.

“Azmeer telah diberi tawaran mewah daripada sebuah pasukan di Lembah Klang. Jika dia setuju, kontrak telah disediakan untuk dimuktamadkan segala perbincangan.

“Azmeer juga diberi ruang untuk berfikir sama ada ingin kekal di Kedah atau berhijrah ke pasukan baru.

“Setakat yang dimaklumkan, Azmeer belum diberi kontrak baru oleh Kedah dan tawaran hanya dibuat secara lisan tanpa sebarang tindakan lanjut,” kata sumber itu kepada mStar Online.

Azmeer yang beraksi cemerlang bersama Kedah sehingga menjuarai Piala Malaysia musim ini dilapor telah menerima lima tawaran sejak bulan lalu.

Namun pemain berkenaan yang sedang bercuti bersama keluarga ingin dahulu melihat tawaran lanjutan kontrak yang diberikan Kedah.

Bagaimanapun, akibat ketiadaan tawaran secara serius menerusi kontrak, beliau dikatakan sedia berhijrah ke pasukan lain.

Selain Azmeer, beberapa pemain termasuk Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe didakwa belum menandatangani kontrak baharu untuk musim depan.

Berikutan itu, pemain-pemain yang berjaya membantu Kedah menamatkan saingan Liga Super di kedudukan ketiga mula dipancing oleh pasukan-pasukan lain termasuk dari Liga Perdana.-mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s