‘Rafizi, hentikan keliru orang ramai’

Rafizi Ramli didakwa sedang mengelirukan orang ramai tentang sabitan kes beliau di bawah Akta Rahsia Rasmi yang menyebabkan Ahli Parlimen Ampang itu bakal dipenjarakan selama 18 bulan.
rafizi1
Pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Rafizi sebenarnya disabitkan bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana memiliki satu muka surat dokumen yang diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi.

“Itulah sebab Rafizi didapati bersalah, bukan kerana beliau mendedahkan rahsia 1Malaysian Development Berhad (1MDB). Beliau memiliki dokumen rahsia yang beliau tidak memiliki autoriti untuk memilikinya.

“Yang menyebabkan Rafizi ditahan adalah kerana mendedahkan muka surat 98 laporan tersebut untuk bacaan orang ramai,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebook rasminya.
azam1
Isnin lalu, Rafizi dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lepas.

Naib Presiden PKR itu menghadapi dua pertuduhan iaitu didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Menurutnya, salah seorang anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua turut mendedahkan wujudnya salah laku terhadap 1MDB namun tidak mendedahkan laporan tersebut secara fizikal.

“Dokumen rahsia itu hanya di dedahkan dalam mesyuarat PAC yg turut dianggotai lima wakil pembangkang termasuk Tony Pua.

“Sekiranya Tony melakukan perkara sama seperti Rafizi, beliau juga berkemungkinan akan ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau membidas segelintir rakyat yang dilihat selektif berhubung tuduhan atau kes yang membabitkan ahli politik BN.

“Jika ahli politik pembangkang membuat tuduhan terhadap ahli politik BN dalam apa-apa isu, rakyat akan bulat-bulat percaya.

“Tapi bila ahli politik BN buat perkara yang sama, rakyat akan minta pelbagai bukti untuk mengukuhkan tuduhan tersebut,” katanya lagi.- Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s