Calon UPSR Gagal Bahasa Melayu Diwajibkan Masuk Kelas Peralihan Setahun

SHAH ALAM: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang memperoleh D dalam kedua-dua kertas Bahasa Melayu boleh memasuki tingkatan satu tahun depan tanpa perlu melalui kelas peralihan.
kamalanathan
Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanathan berkata pembaharuan itu dilihat dapat menjimatkan tempoh persekolahan murid terlibat memandangkan kelas peralihan mengambil masa setahun untuk sesi pembelajaran mengikut silibus ditetapkan dengan menumpukan kepada penguasaan Bahasa Melayu.
bm-sjkt
Beliau berkata surat pekeliling berhubung langkah berkenaan akan diedarkan ke Jabatan Pendidikan negeri-negeri dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanapun, murid yang mendapat keputusan satu D dan satu E bagi mana-mana kertas Bahasa Melayu masih perlu memasuki kelas peralihan, namun boleh membuat rayuan kepada sekolah sekiranya ingin terus ke tingkatan satu.

“Pentadbir sekolah akan menilai setiap rayuan itu berdasarkan kepada kelayakan akademik murid dan ibu bapa yang ingin berbuat demikian boleh menyemak tarikh tutup dengan pihak sekolah,” katanya kepada Bernama, di sini malam Rabu.

Beliau ditemui selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Hicom, Seksyen 27 di sini, dan merasmikan dewan serbaguna sekolah berkenaan.

Katanya jumlah calon UPSR tahun ini daripada SJKT yang mendapat keputusan E bagi kedua-dua kertas Bahasa Melayu, hanya 10 peratus daripada keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan berkenaan.-mStar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s