Ciri Orang Yahudi Ketika Rasulullah Sampai di Madinah

KAUM Yahudi pandai dalam bidang perniagaan dan kemahiran hidup, yang membawa mereka kepada menguasai perniagaan biji-bijian, tamar, khamar dan pembuatan pakaian di Yathrib atasu Madinah. Merekalah pengimport dan pengeksport barangan seperti kain, khamar dan bijian.
makkahmubarakpuri
Oleh sebab mereka memiliki kekayaan kerana hasil perniagaan dan pertanian, mereka mencipta kaedah untuk mendapatkan untung yang lebih lumayan dengan memberi pinjaman dengan kadar faedah mencekik darah atau riba kepada ketua-ketua kabilah Arab dan pemimpinnya.

Selain itu, pinjaman riba ini dikembarkan dengan cagaran sawah atau ladang-ladang pemimpin kabilah Arab ini, dan jika tidak mampu berbayar sawah atau ladang itu akan secara automatik menjadi milik Yahudi.

Yahudi juga pandai dalam politik dengan cara menimbulkan fitnah, konspirasi, batu api di antara kabilah-kabilah Arab tanpa disedari mereka, menyebabkan seringkali kabilah Arab ini bergadung hingga berperang. Mereka bukan sahaja memerhati dari jauh, bahkan juga turut memberi pinjaman kepada kedua-dua kabilah Arab yang berperang kerana setiap peperangan memerlukan belanja yang besar.

Di Yathrib terdapat tiga kabilah utama kaum Yahudi.

1. Banu Qainuqa yang selalu bersekutu dengan kabilah al-Khazraj. Kediaman mereka di tengah Madinah.

2. Banu Al-Nadhir

3. Banu Quraidhah

Kaum Yahudi Nadhir dan Qainuqa bersekutu dengan kumpulan Arab, Aus yang kediaman mereka di luar Madinah.

Sumber: Sirah Rasululullah Syeikh Sofiy Rahman Al-Mubarakpuri, m.s 239-240

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s