Terengganu Belanja RM2.5 Juta Atasi Serangan Gajah

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri telah membelanjakan sejumlah RM2.5 juta bagi membina Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di Setiu, sebagai langkah jangka panjang mengatasi masalah serangan gajah liar yang merosakkan tanaman penduduk di kawasan perkampungan di daerah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, berkata ia membabitkan pembinaan SPEG keseluruhan sepanjang 59 kilometer (km).
gajah
Menurutnya, ia membabitkan dua jajaran SPEG iaitu sepanjang 34 km di Kampung Pelong yang dibina pada 2013 dan 25 km di Kampung Payung-Chalok Barat pada 2014.

“Bagaimanapun, pembinaan SPEG ini juga memerlukan penyelenggaraan yang tinggi dan setiap tahun kerajaan negeri membelanjakan sejumlah RM200,000 untuk kos berkenaan,” katanya yang juga Adun Jertih.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Sabri Mohd Noor (BN-Langkap) mengenai langkah pencegahan jangka pendek dan panjang diambil oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri bagi memastikan gajah liar tidak mengganggu dan merosakkan tanaman penduduk di daerah Setiu pada sidang Dun Terengganu di sini, semalam.

Beliau berkata, kerjasama penduduk setempat amat diperlukan memandangkan jarak antara kedua-dua SPEG itu yang agak panjang menyebabkan ia sukar dipantau oleh Perhilitan, sekali gus memerlukan kerjasama penduduk kampung, bagi mengelak kerosakan yang membolehkan gajah membolosi pagar berkenaan.

Mengikut rekod sejumlah 30 gajah iaitu 16 di kawasan Kampung Pelong dan Gerdong, manakala 14 lagi di Kampung Payong dan Chalok yang sering mengganggu dan merosakkan tanaman penduduk kawasan itu.
pehimi
Muhammad Pehimi berkata, pada tahun 2012, sejumlah 66 aduan mengenai serangan gajah diterima di seluruh negeri; 73 aduan pada 2013; 66 (2014); 70 (2015) dan 32 aduan sehingga Julai tahun ini.

“Dalam tempoh lima tahun sejak 2012 hingga Julai tahun ini, serangan gajah liar yang telah memusnahkan tanaman penduduk di seluruh negeri menyebabkan kerugian kepada pekebun dan peladang keseluruhan bernilai RM3.5 juta.

“Dan terdapat sejumlah 400 hingga 450 populasi gajah di seluruh negeri, dengan 14 gajah iaitu lapan gajah betina dan enam jantan gajah liar yang ditangkap dan ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah, Hulu Terengganu setakat ini,” katanya. – Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s