JKM Tidak Ambil Kira Parti Bantu Masyarakat

Oleh: Penyu Utara
jkm
SINTOK: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak pernah meletakkan aspek parti politik seseorang dalam usaha mereka membantu kumpulan yang layak mendapat bantuan.

Demikian menurut Ketua Pengarah JKM, Datuk Hj Zulkifly Ramli dalam satu program anjuran Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) di UUM Sintok , Kedah semalam.

“Bantuan kita (JKM) tidak mengira seseorang itu pakai kopiah putih atau kopiah hitam”, katanya.

Menurut Hj Zulkifly lagi bantuan diberikan berasaskan kelayakan seseorang yang memohon bantuan dan akan dihentikan setelah pihaknya berpuashati bahawa seseorang penerima telah melepasi tahap tertentu.

Penentuan tahap tersebut pula akan ditentukan oleh satu panel yang berpuashati dengan peningkatan tahap ekonomi seseorang penerima.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan seorang peserta yang menanyakan apakah bantuan JKM diberi berasaskan pilihan ideology politik tertentu.
jkm1
Sehubungan dengan hal itu juga, JKM juga tidak pernah menganak tirikan bantuan terhadap negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang. Sebagai contoh, negeri Kelantan pada tahun 2016 mendapat peruntukan bantuan JKM sebanyak RM120 juta manakala negeri Pulau Pinang mendapat sebanyak RM55 juta.

Dalam perkembangan lain,pihak JKM menafikan dakwaan bahawa agensi tersebut tidak berkeupayaan untuk memberikan bantuan bulanan disebabkan kemerosotan ekonomi yang dialami negara pada masa kini.

Bantuan yang diberikan adalah mengikut prinsip kemanusiaan dan mengambil kira keadaan semasa yang berlaku, bukannya berasaskan perkara-perkara lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s