Mahathir Permainkan Nabi S.A.W Depan Cina DAP

SEKALI lagi Tun Dr Mahathir Mohamad mempermainkan Nabi Mohamad S.A.W ketika mengulas mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
mahathir
“Tetapi nabi tak ada RM2.6 bilion dalam akaun dia, juga (tak ada) 1MDB,” katanya disambut ketawa orang ramai yang menghadiri Perhimpunan DAP, kelmarin bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini kenyataan mengaitkan Najib dengan kehendak Allah serta sikap walak, Dr Mahathir berkata ia seolah-olah menyamakan perdana menteri dengan nabi.

Sedangkan, percakapan Timbalan Perdana Menteri di hadapan orang Islam yang memahami mauduk atau konteksnya, sedangkan Dr Mahathir bercakap di hadapan orang Islam yang boleh memberi implikasi yang negatif mengenai agama Islam dan Nabi Muhamad.
tun-m-dap
Sebelum ini ketika menolak hudud, Dr Mahathir pernah memperlecehkan hukum agama itu dengan menyatakan ketika zaman Nabi Muhamad tidak ada pisau cukur Gillette.

Dr Mahathir selalu sahaja menggunakan akal fikirannya dalam memperkatakan sesuatu hukum agama, yang menyebabkan orang ramai semakin kurang percaya kepada hukum Islam sekali gus memperlecehkan hukum Islam.
fadzil-noor-doa-mahathir-panjang-umur
Inilah sebab Allayarham bekas Presiden Pas, Fadzir Nor pernah menelah mengenai Dr Mahathir dengan katanya, “harapnya Dr Mahathir dipanjangkan umur untuk melihat segala keburukan dan kerosakan yang dilakukan”.

Yang terbaru, Ketua Pemuda PAS pula mencadangkan agar Dr Mahathir yang kini sudah berusia 91 tahun, “Kembalilah ke tikar sejadah.”

Ungkapan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz itu apabila diminta mengulas dakwaan Dr Mahathir kononnya PAS menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak hanya kerana keengganan parti itu bersama Pakatan Harapan.

Malah, beliau turut menyifatkan Tun Dr Mahathir mengutarakan komen tersebut mengikut perasaan dan secara semberono.
najib-hadi-zahid
“PAS masih belum buat keputusan menjalinkan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Masa dia ada kuasa, dia tidak buat. Bila tiada kuasa, dia sebut pula nak bebaskan Anwar. Itu saya kata dulu, dia baik kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah, belajar agama. Itu lebih baik bagi dia,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s