Sejarah Ringkas dan Pesanan Abu Bakar As-Siddiq

SELEPAS kewafatan Rasulullah s.a.w, Kabinet Rasulullah yang terdiri dari pemuka muhajirin dan ansar, telah memilih Abu Bakar As-Siddik r.a sebagai khalifah.

Rasulullah sebelum wafatnya telah memberikan beberapa indikasi tersirat betapa sahabat setianya Abu Bakar memang layak untuk menerajui kerusi khalifah, kerana keupayaannya dalam hal kerohanian dan kebijakan dalam dalam strategi pengurusan politik, hasil persahabatan lama dengan baginda Rasulullah.

Tokoh ulama terkemuka seperti Hafiz Ibnu Hajar menyatakan dengan jelas betapa seolah-olah seperti ada perjanjian di antara hati Rasulullah dengan Abu Bakar dalam karyanya Laami’, Jilid 2, muka surat 452.  Banyak hadis membuktikan hal ini termasuklah bagaimana Abu Bakar memberikan hujah kefahaman kepada Umar Al-Khatab apabila Umar membantah persetujuan Rasulullah dalam perjanjian Hudaibiyah.  Jawapan Abu Bakar sama seperti diberikan oleh Rasulullah kemudiannya walaupun Abu Bakar tidak menceritakan kepada Rasulullah.

unta1

Mengenai tawanan Badar juga membuktikan betapa pandangan Abu Bakar diterima oleh Rasulullah, walaupun ada pelbagai pendapat bernas lain dikemukakan oleh sahabat lain.

Nama sebenar Abu Bakar ialah Abdullah.  Namanya pada zaman jahiliah ialah Abdul Kaabah dan ada sejarawan menyatakan namanya Ateeq.  Bagaimanapun, versi lebih sahih nama Ateeq ialah gelaran kepadanya.

Salasilah keturun beliau ialah  Abdullah bin Abu Quhafah bin Amir, Amr bin Ka’b bin Tameem bin Murrah bin Ka’b bin Luway, anak Ghalibil Qurshi Taimi.  Salasilah keturunannya bertemu dengan Rasulullah ialah di Murrah bin Kaab.

Nama bapanya, Abu Quhafah iaitu Uthman yang memeluk Islam pada tahun ke-8 pelantikan Nabi s.a.w pada usia 90 tahun. Abu Bakar dikenali oleh pelbagai panggilan. Menurut  Aishah (radhiyallahu anha), orang kampung memanggil beliau Abdullah, walaupun beliau digelar, Ateeq. Ada yang menyatakan dia telah dipanggil Ateeq kerana ketampanan beliau. Yang lain menyatakan disebabkan kecenderungan kepada akhlak baiknya. Pandangan lain dia dipanggil begitu kerana keturunannya adalah bebas daripada cacat cela walaupun sedikit. Menurut riwayat Tirmizi, sebab bagi gelaran Ateeq ialah perkhabaran yang menyelamatkan dia dari Jahannam.

Begitupun, gelarannya terkenalnya ialah Siddiq.

Terdapat perbezaan pendapat mengenai bagaimana munculnya panggilan siddiq. Menurut sesetengah orang, beliau dikenali dengan gelaran yang mulia ini walaupun pada zaman jahiliah kerana kualiti cemerlang dalam menerajui kebenaran. Walau bagaimanapun, versi yang terkenal adalah bahawa pada selepas rasulullah Mir’aaj. Rasulullah agak bimbang orang meragui kebenaran perjalanan ajaib ini. Jibril memberi jaminan kepada Nabi mulia batapa Abu Bakr akan mengakui kebenarannya kerana dia seorang Siddiq. Dalam Taafikhul Khulafa direkodkan riwayat Mustadrak di mana Nazal Bin Subrah berkata: “Kami bertanya kepada Ali mengenai Abu Bakr. Beliau berkata: “Dia adalah seorang lelaki yang telah diberi gelaran Siddiq oleh Allah melalui Jibril; Dalam solat beliau adalah wakil Rasulullah. Lelaki yang Rasulullah pilih untuk Deen kami, dan kami memilih dia untuk dunia kami (iaitu khilafah). ”  Menurut Tabrani, Hakeem Bin Saad meriwayatkan bahawa Hadhrat Ali bersumpah bahawa gelar Siddique itu diturunkan oleh Allah dari langit untuk Abu Bakar.

Beliau merupakan orang pertama yang menerima Islam. Apabila dia memperkenalkan dirinya kepada Nabi untuk menerima Islam, dia tidak meminta apa-apa keajaiban untuk dikemukakan. Beliau hanya ditanya mengenai kenabian dan segera menerima Islam.

Rasulullah telah nyatalah tahap ketidakpastian dalam semua orang yang dia telah dakwahkan Islam, kecuali Abu Bakar yang menerima Islam tanpa ragu-ragu sedikitpun.

Pada peringkat awal Islam, sahabat banyak menyembunyikan keislaman mereka kerana penindasan dan penganiayaan kafir quraish. Abu Bakr meminta kebenaran untuk menyebarkan Islam kepada umum dengan meminta kepada Nabi dan kemudiannya Baginda bersetuju. Suatu hari Abu Bakar pergi ke Baitullaah dan menyampaikan Khutbah. Ini adalah khutbah yang pertama Islam.

Walaupun terkenal dan kemuliaannya telah diterima dalam masyarakat quraish, kerana dia memulakan khutbah, beliau diserang dengan dibaling batu ke mukanya hingga berdarah hidung, telinga dan anggota badannya cedera parah. Beliau telah dipukul, ditolak dan ditendang. Mereka melakukannya dengan dia apa sahaja menyebabkan beliau tidak sedarkan diri. Rakan-rakanya membawanya pulang dalam keadaan tidak sedarkan diri sehinggalah ke waktu malam. Sebaik sahaja tersedar, perkataan pertama yang muncul di bibirnya: “Bagaimana Muhammad ?”

Ibunya, Umm-e-Khair memberikan makanan dan minuman, tetapi Abu Bakar telah bersumpah selagi dia tidak melihat Rasulullah, beliau tidak akan makan dan minum. Selepas malam larut, ibunya membawa Abu Bakar pergi menemui  Rasulullah. Ibunya menangis terhiba-hiba dan begitu juga Nabi s.a.w.  Dalam pertemuan itu, Abu Bakar meminta Rasulullah berdoa agar ibunya masuk Islam. Rasulullah pun berdoa dan Ibu Abu Bakar terus memeluk Islam pada hari yang sama.

Suatu hari Abu Bakar membuat keputusan untuk berhijrah ke Habsyah.  Dengan niat itu, beliau memulakan perjalanan dan dipertangahan jalan bertemu dengan Ibn Daghnah yang memujuk beliau untuk kembali. Ibn Daghnah berkata: “Sebagai seorang lelaki berkaliber, kamu tidak seharusnya meninggalkan Makkah (dengan kehendaknya sendiri). Kamu sebenarnya sumber kehidupan bagi mereka yang serba kekurangan. Kamu berbuat baik kepada ahli keluarga. Kamu mengangkat beban rakyat. . Kamu peramah dan sedia membantu orang lain dalam urusan mereka ”

gua_thur

Dalam satu peristiwa lain, Al-Quran menyebut: ‘… Ketika kedua-duanya berada dalam gua, Rasulullah berkata kepada sahabatnya (Abu Bakar) : “Jangan bersedih hati. Sesungguhnya Allah bersama kita.” Persahabatan Abu Bakr dengan Rasulullah disahkan benar oleh Aayat Al-Quran ini. Terdapat banyak bukti-bukti mudah dilihat mengesahkan kasih sayang dan ketaatan beliau kepada Rasulullah. Penghijrahan ke Madinah dengan Nabi s.a.w adalah sangat penting.

Tiada penulisan yang boleh melukiskan watak sebenar Abu Bakar, sumbangannya dan kehebatannya.

Dalam menghadapi sesuatu isu yang memerlukan keberanian, kebijaksanaan dan kecepatan, Abu Bakar telah menunjukkan bukti ketegasannya lebih cemerlang berbanding dengan Umar Al-Khatab yang sememangnya terkenal dengan keberanian.

Ketika muncul kumpulan muslim murtad dan engan membayar zakat kelepas kewafatan Rasulullah, Abu Bakar menghantar tentera Madinah untuk menyerang kumpulan berkenaan, walaupun dibantah oleh Umar Al-Khatab.

“Kamu seorang yang terkenal dengan berani pada zaman Jahiliah, tiba-tiba sekarang jadi pengecut ketika dalam Islam,” kata Abu Bakar mengejek Umar.

Seseorang mencapai status As-siddiq seperti Abu Bakar mempunyai pakej lengkap termasuk dari segi pengetahuan, kebaikan, kemurahan hati, kedermawanan, ketakwaan, kesabaran,  kerendahan hati, kecerdasan, kepakaran dalam tafsir mimpi, ilmu salasilah, prosa, kefasihan, dan lain-lain.

Saidina Ali r.a berkata sesiapa yang menyampaikan hadis kepadanya, dia akan mengambil sikap berjaga-jaga dengan meminta perawi bersumpah, kecuali daripada Abu Bakar. Beliau berada di tingkat atas, berbanding orang lain. beliau sahabat benar dan setia dan pengganti Rasulullah  yang terkandung di dalam dirinya setiap kecemerlangan dan kelayakan ke tahap kesempurnaan.

Ibn Asakir merekodkan riwayat Ibn Sireen di mana ternyata bahawa Abdur Rahman (anak Abu Bakar), yang belum lagi memeluk Islam, telah menyertai kafir Quraish dalam peperangan Badar. Satu hari selepas dia telah memeluk Islam, ia berkata kepada bapanya: “Dalam Badr, ayah pernah terlindah di hadapan saya. Walau bagaimanapun, sebagai bapa saya, saya berpaling daripada ayah. ”

Dengan kata lain, walaupun dia berada dalam kedudukan untuk membunuh bapanya,  Abu Bakar tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana pertimbangan bapa.  Abu Bakar menjawab: “. Jika kamu telah muncul depan ayah, ayah tidak akan teragak-agak untuk membunuhmu” kata  Abu Bakar.

Abu Bakar ialah seorang korporat besar sebelum lagi memeluk Islam.

Menurut sejarah, dia mempunyai 40,000 dinar (syiling emas) pada masa memasuki Islam yang mungkin dalam duit pada hari ini seorang jutawan besar.

Beliau menghabiskan wang berkenaan untuk tujuan membantu perjuangan Rasulullah khususnya untuk tujuan jihad.  Ketika Nabi s.a.w bertanya berapa peruntukan dia seduiakan untuk keluarganya, beliau menjawab:

“Saya telah tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.”

Umar r.a tersebut dalam sejarah sentiasa menunggu peluang untuk mengatasi Abu Bakar dalam perbuatan kebajikan untuk ummah. Pada suatu hari, beliau telah membawa hartanya kepada Rasulullah untuk tujuan dana jihad.  Apabila Rasulullah bertanya kepadanya: “Berapa banyak yang kamu tinggalkan untuk keluarga kamu”  Umar menjawab dia telah meninggalkan separuh daripada apa yang telah dimiliki untuk keluarganya. Separuh lagi adalah sumbangan beliau terhadap usaha Jihad itu.

Beliau berharap dengan kedermawanannya itu dia dapat mengatasi Abu Bakar. Tetapi, apabila dia mengetahui jawapan Abu Bakar, dia memahami bahawa dia tidak akan dapat mengatasi beliau dalam kebaikan.

Ismaili meriwayatkan Umar r.a berkata: “Apabila Rasulullah wafat, muncul sekumpulan orang yang murtad dan enggan membayar zakat, aku pergi berjumpa Abu Bakar dan berkata:

” Wahai Khalifah Rasulullah! dalam keadaan sekarang kita perlu memenangi hati rakyat dan kita tidak boleh bersikap kasar.  Abu Bakr berkata: “Aku mengharapkan bantuan kamu. Pada zaman Jahiliah, kamu sangat kuat dan keras. Tetapi dalam Islam kamu telah menjadi lemah.  Mengapa aku perlu memenangi hati mereka? Apakah aku perlu memenangi hati mereka dengan cara membaca puisi indah agar mereka gembira?  Rasulullah telah meninggal dunia. Wahyu telah terhenti. Aku bersumpah dengan nama Allah bahawa aku akan melancarkan jihad terhadap mereka selagi aku ada kekuatan. Umar mengulas.:”Aku dapati Abu Bakar lebih kukuh dan lebih kuat daripada diri aku sendiri. Beliau telah merintis jalan dan ini dipermudahkan bagi aku dalam mengurus hal ehwal semasa aku jadi khalifah.

Ibn Sa’ad meriwayatkan bahawa Ata Bin As-Saib berkata selepas Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah, beliau ke pasar dan apabila berjumpa dengan Umar bertanya mengenai kewangan kepadanya, beliau berkata: “Aku telah belanjakan untuk pengurusan hal ehwal umat Islam.  Aku ke pasar ini untuk mendapatkan makanan untuk keluarga.  Umar berkata:” Jom, kita pergi jumpa Abu Ubaidah. Beliau akan menguruskan gaji untuk anda.

Abu Ubaidah bertanggungjawab bagi Baitul Maal (seperti Menteri Kewangan).

Kedua-dua pergi berjumpa Abu Ubaidah dan sejumlah wang disediakan sebagai gaji Khalifah. Menurut beberapa riwayat, gaji tidak mencukupi untuk keperluannya kerana keluarganya besar.

Tabrani meriwayatkan Hasan r.a berkata bahawa Abu Bakar semasa sakit terakhirnya, mengarahkan Aishah (radhiyallahu anha): “Selepas ayah mati, serahkan semua barang-barang dan seekor unta bersusu ini kepada Umar yang diberikan kepada ayah sebagai khalifah.”

Oleh itu, selepas beliau meninggal dunia barang-barang ini telah ditugaskan untuk jagaan Umar. Sesudah itu Hadhrat Umar mengeluh: “Abu Bakar! Semoga Allah memberi rahmat kepada kamu. Kamu telah menggunakan standard yang tinggi untuk Khalifah selepasmu.

Sejarah mencatatkan Abu Bakar dilahirkan dua tahun dan beberapa bulan selepas Rasulullah, walaupun beberapa riwayat menyatakan dia lebih tua daripada Rasulullah. Walau bagaimanapun, para ulama menyatakan bahawa pandangan kedua ini tidak betul. Apabila dia mencapai umur Rasulullah – 63 tahun – beliau meninggal dunia. Tempoh khilafah Abu Bakar adalah dua tahun, tiga bulan dan sembilan hari.

kaabah

Beberapa Peristiwa Menarik

  1.  Suatu ketika isterinya berhasrat membeli sedikit manisan untuk makanan sekeluarga.  Abu Bakar berkata, dia tidak mempunyai duit yang boleh digunakan untuk membeli apa-apa. Isterinya mencadangkan supaya mereka menyimpan ssedikit elaun makan setiap hari.   Dalam masa beberapa hari, jumlah yang disimpan mencukupi untuk membeli sesuatu yang manis. Abu Bakar bersetuju dan dia mula menyimpan sejumlah kecil wang setiap hari. Selepas beberapa hari, Abu Bakar berkata: “Ini menunjukkan jumlah ini (yang dapat disimpan daripada elaun makanan) kita terima dari Baitul Maal adalah melebih daripada keperluan kita.” Dia kemudian mengambil wang simpanan dan menyerahkannya kepada Baitul Maal. Beliau juga mengeluarkan arahan untuk gaji pada masa depan diturunkan.
  2. Apabila Abu Bakar pergi ke suatu taman di mana dia melihat seekor burung duduk di bawah naungan pokok. Dalam perenungan spiritualnya, dia mengeluh dan berkata: “Wahai burung! Baik bagi kamu! Kamu makan buah pokok; Kamu duduk di bawah naungannyaa dan kamu akan mendapat keselamatan di akhirat tanpa perlu ditimbang amal. Aku ingin Abu Bakar juga adalah seperti kamu.  Aku harap jadi seperti pokok yang boleh dipotong dan dimakan.  Aku harap aku jadi rumput yang boleh makan binatang “
  3. Asma’i berkata: “Ketika Abu Bakar telah dipuji, dia akan berkata: “Ya Allah! Kamu tahu keadaan aku lebih baik daripada aku dan aku tahu keadaan aku lebih buruk daripada orang-orang yang memuji aku. Ya Allah!  Moga aku dapat membuat lebih baik daripada apa yang mereka berfikir untuk aku dan mengampuni jahatnya aku yang mereka tidak mengetahui. Jangan melalaikan aku terhadap apa yang mereka katakan.
  4. Sekali dalam khilafah beliau telah menewaskan tentera yang meneruskan perjalanan ke negeri Syam. Beliau iringi tentera untuk jarak yang sangat lama. Para sahabat berkata: “Wahai Khalifah Rasulullah! Anda sedang berjalan kaki semasa kita menunggang. Abu Bakar  menjawab:”. Dengan langkah-langkah ini, aku sedang memohon ampun terhadap dosa-dosa aku. Langkah-langkah ini membuktikan aku berada dalam jalan Allah.
  5. Abu Bakar berkata:”.. Maha Suci Allah telah menyediakan laluan ma’rifat kepada-Nya untuk hamba-hambaNya kecuali ketidakmampuan mereka memperoleh Ma’rifat-Nya “(iaitu ketidakupayaan ini menjadi jalan. Walaupun usaha, manusia tidak dapat memperoleh Ma’rifat Allah. Allah Ta’ala akhirnya, membuka jalan bagi perolehan Ma’rifat-Nya.)
  6. Abu Bakar berkata: “Setelah seorang lelaki telah merasai nikmat Cinta Ilahi, dia tidak akan mempunyai masa untuk dunia ini dan dia akan berasa susah bersama-sama dalam kelompok orang’.
  7.  Kadang-kadang apabila menuggang unta dan tali unta tergelincir dari tangannya, dia akan dudukkan unta, turun dan mmengambil tali berkenaan . Para sahabat bertanya: “Mengapa kamu tidak memerintahkan kami?” Dia menjawab: “Kekasihku mengarahkan aku untuk menahan diri daripada meminta dengan orang ramai.”
  8. Abu Bakar pernah dalam khutbahnya berkata: “Wahai manusia! Menangislah untuk takut kepada Allah. . Jika anda tidak dapat menangis, buat-buatlah menangis (untuk peringkat belajar).
  9. Banyak kali dalam khutbahnya dia berpesan: Berhati-hati! Jangan sekali-kali menghina orang Islam. Malah, seorang Muslim yang berpangkat rendah adalah lebih besar di sisi Allah.
  10. Abu Bakar biasa berdoa: Ya Allah! Tunjukkan aku perkara benar dan berikanlah kepadaku taufiq untuk mengikuti kebenaran. Biarkan aku kenali kepalsuan dan berilah aku taufiq untuk menahan diri daripada perkara yang salah. Jangan kelirukan yang benar dan yang palsu.
  11. Katanya:  Sesiapa menjadi tidak senang dengan nafsu, demi Allah, Allah akan memastikan dia selamat dari kemurkaan-Nya.
  12. Katanya lagi:  Kebenaran utama ialah pematuhan kepada amanah dan kepalsuan paling besar pula adalah penyelewengan terhadap amanah.

Sumber: Syeikh Zakaria Kandehlawi dalam bukunya The Masyaikh of Chisty.  Jika terjemahan kurang tepat, penulis mengambil tanggungjawab dan bersedia memperbaikinya dan tulisan Syeikh Zakaria lebih indah dan sedap dibaca walaupun dalam edisi terjemahan bahasa Inggeris.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s