MB Terengganu Dapat Kembali Gelaran Datuk Seri

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.
razif tabung1
Kurniaan tersebut membawa gelaran Datuk Seri.

Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama pada Khamis.

Kenyataan itu berbunyi: “Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari ini”.

Darjah kebesaran kepada Ahmad Razif ditarik balik pada 22 April lalu.

“Syukur Alhamdulillah”, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman selepas Sultan Mizan Zainal Abidin mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepadanya.

Razif ketika dihubungi Bernama, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut berhubung perkara tersebut bagi mengelak salah faham.

Razif menerima Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kira-kira 8.30 malam tadi, dan disahkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada Bernama, di sini.

 

– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: