Terengganu Catat Keputusan PT3 Cemerlang

BERBANDING keputusan Ujian Penilaian Sekolah rendah (UPSR) sebelum ini yang menunjukkan semua negeri jatuh merudum, tetapi kali ini Keputusan Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) memberi kesegaran baru kepada anak-anak, khususnya ibu bapa yang mahu melihat anak mereka cemerlang dalam setiap peperiksaan awam.

Terengganu mencatatkan kejayaan yang cemerlang apabila seramai 1093 orang pelajar di Terengganu mendapat semua A dalam peperiksaan tersebut berbanding 699 orang pelajar pada tahun lepas.

Peningkatan peratusan sebanyak 5.27% pelajar yang mendapat semua A berbanding 3.21% pada tahun lalu, sudah pasti merupakan satu kejayaan yang membanggakan kepada pelajar dan warga pendidik.

“Kejayaan ini amat bermakna kepada Terengganu yang sentiasa menunjukkan peningkatan selama 3 tahun berturut-turut semenjak PT3 diperkenalkan”, ujar Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti disiarkan dalam Terengganu Times.

pt3-ganu

Beliau ketika dihubungi Terengganu Times memberitahu, gred purata negeri yang dicapai pada tahun ini mencatat 3.00 lebih baik berbanding 3.08 pada tahun lepas.

Dalam perbualannya bersama Terengganu Times sebentar tadi, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada daerah Marang kerana telah muncul sebagai daerah terbaik dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas, Kuala Terengganu yang telah mencatatkan jumlah pelajar paling tinggi mendapat semua A.

“Tahniah kepada Daerah Marang kerana muncul sebagai Daerah terbaik dan Tahniah juga diucapkan pada SMKA Dato’ Haji Abbas kerana seramai 91 orang pelajar mendapat semua A”

Di Terengganu, seramai 20,739 pelajar telah menduduki Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun 2016. – Terengganu Times

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s