10 Deria Manusia Mengikut Al-Ghazali

10-deria-imam-ghazali

RAMAI kita hanya melihat hanya lima deria luaran iaqitu lihat, dengar, bau, rasa dan sentuh sebagai kuasa penggerak kepada diri, sedangkan banyak deria lain atau sesetengah pengkaji menamakan sebagai fakulti.

Tokoh pemikir Islam seperti Imam Ghazali tidak membataskan hanya kepada lima deria, malah banyak lagi deria yang menjadikan ‘manusia dicipta dengan sebaik-baik kejadian’.

Selain lima deria luaran itu, Imam Ghazali meletakkan lima lagi deria dalaman yang juga berpusat di otak iaitu¬†Hiss Mustarak (common sense), Imagery (khayal), Anggaran (estimation/wahimah), Memori (hafizah) dan Takhayyul (imaginasi). Dalam huraian gambarajah oleh Mahmoud Mohammadi dalam Internatioal Journal of Humanities, beliau menghuraikan bagaimana ‘kuasa’ imaginasi sepatutnya dimanfaatkan untuk pembangunan manusia secara menyeluruh dengan memetik pengajaran Al-Ghazali.

Ahli falsafah Islam klasik banyak mengkaji hal ini termasuk Ibnu Sina dan Al-Farabi, dengan tujuan semua deria ini dimanfaatkan kerana diciptakan oleh Allah supaya manusia menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

Mislanya, dalam penerokaan ilmu tidak boleh hanya bergantung kepada lima deria luaran, bahkan mengikut Imam Ghazali, Imaginasi mesti memainkan peranan utama.  Dalam menggerakkan imaginasi, pelbagai cara dan alat digunakan.

Imam Ghazali telah huraikan lebih awal, namun sistem pendidikan kita belum bergerak ke arah itu berbanding dengan sistem pendidikan di negara maju seperti di Eropah dan di Amerika Syarikat.

Penjajah yang datang ke negara kita tidak memberikan kaedah pendidikan mereka, malah sistem pendidikan kita lebih menjurus kepada hal-hal kognitif semata-mata walaupun falsafah pendidikan menyatakan untuk pembangunan insan mengikut JERI – jasmani, emosi, roohani dan intelektual.

Yang berlaku, dan yang menjadi tumpuan semua ibu bapa, hanyalah – hafal dan lulus periksa.

latifah

 

Selain 10 deria boleh kita fahami dengan mudah, pengkaji manusia seperti ahli sufi atau ahli-ahli kerohanian kuno di India dan China, meletakkan ada lagi fakulti lain yang belum diterokai manusia.

Lima deria luaran dan 5 deria dalaman itu tidak boleh membawa seseorang mengenali alam yang lebih halus – alam ketuhanan (jabarut), melainkan mesti menggunakan deria yang lebih halus juga.

Dalam gambarajah di atas, 19 deria yang memungkinkan seseorang dapat mengenali alam jabarut dengan sempurna.

Selain 10 itu, ada 9 lagi deria lain iaitu akal, hati, nafsu, ruh, sir, khafi, akhfa, hajarul bahti dan annaniyah.

Teks sufi dan kitab klerohanian kuno India banyak menghuraikan latifah ini kerana mereka memberi tumpuan utama kepada pembeersihan setiap lata-if itu, dalam pengembaraannya memahami Tuhan.

Tokoh yang handal dalam mereformasikan ilmu ini ialah Mujaddid Alif Sani, Syeikh Sirhindi.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s