Banjir Terengganu makin Buruk, 11,000 Orang Dipindahkan

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan mendadak pagi ini kepada 10,734 orang berbanding hanya 4,352 orang setakat 9 malam Selasa.

banjir2

Jumlah pusat pemindahan juga semakin bertambah kepada 124 lokasi yang menempatkan 3,161 keluarga ketika ini berbanding hanya 77 pusat pemindahan sebelum ini.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Infobanjir, daerah Besut terus mencatat kenaikan tertinggi jumlah mangsa iaitu seramai 4,152 orang (1,147 keluarga) di 51 pusat pemindahan berbanding 1,476 mangsa (361 keluarga) di 23 pusat pemindahan malam Selasa.

Selain Besut, daerah Hulu Terengganu juga terus mencatat kenaikan mendadak iaitu 3,610 orang (1,109) keluarga di 34 pusat pemindahan berbanding 9 malam tadi hanya 1,845 orang (576 keluarga) di 24 pusat pemindahan.

Menurut portal itu, tiga daerah lain turut merekodkan kenaikan jumlah mangsa iaitu Kemaman seramai 894 orang diikuti Setiu (1,597) dan Dungun (451).

Bagaimanapun jumlah mangsa di Marang kekal tidak berubah seperti awal pagi semalam iaitu 30 orang daripada 10 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan enam sungai di empat daerah kini telah melepasi paras bahaya.

Menurut portal itu, Sungai Besut telah mencatat kenaikan di dua lokasi iaitu di Kampung La setinggi 22.22 meter (m) melepasi paras bahaya 21.80m dan di Jambatan Jerteh setinggi 9.78m berbanding paras bahaya 8.90m.

Dua sungai di Setiu juga mencatat kenaikan paras air iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok setinggi 8.52m melepasi paras bahaya 8.40m dan Sungai Nerus di Kampung Langkap iaitu 23.38m berbanding paras bahaya 21.50m.

banjir-ganu

Dua lagi sungai ialah di Hulu Terengganu iaitu Sungai Telemong di Kuala Ping merekodkan kenaikan setinggi 21.50m melepasi paras bahaya 20m dan Sungai Berang di Kampung Menerong iaitu 24.61m melepasi paras bahaya 24.50m.

Di Dungun, Sungai Dungun turut merekodkan kenaikan paras air di dua lokasi iaitu di Kuala Jengai setinggi 22.83m melepasi paras bahaya 21m dan di Jambatan Jerangau setinggi 12.91m melepasi paras bahaya 12.50m. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s