Selangor Jadi Darul Sampah

SERI KEMBANGAN: Tidak dilantik semula untuk kontrak pembersihan baharu didakwa menjadi punca beberapa kontraktor melakukan sabotaj dan tidak mengutip sampah sejak seminggu lalu.

Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, kontrak lama bagi kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tamat pada 31 Disember lalu.

Bagaimanapun, katanya, ada beberapa kawasan di MPSJ  mengalami masalah timbunan sampah tidak dikutip kontraktor masing-masing seminggu sebelum tempoh tamat kontrak berakhir.

Aduan paling serius diterima di kawasan Pasar Kampung Baru Seri Kembangan, Taman Universiti Indah dan Taman Bukit Serdang Seksyen 5.

“Saya terima aduan kontraktor henti kutip sampah seminggu sebelum kontrak tamat, kes kontraktor sabotaj ni sering berlaku di mana-mana PBT bila dekat-dekat nak tamat tempoh kontrak.

“Akibatnya penduduk atau peniaga di kawasan komersil terpaksa hidu bau busuk sampah dan kawasan pembuangan sampah jadi terlalu kotor,” katanya kontraktor baru pula terpaksa kutip sampah yang sudah ditinggalkan berhari-hari lamanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPSJ, Dr Roslan Mohamed Hussein berkata, pihaknya akan melaksanakan pemotongan bayaran perkhidmatan kepada kontraktor di kawasan terbabit.

Katanya, pihaknya akan menyemak bilangan hari kontraktor tidak membuat kutipan dan pemotongan bayaran dibuat seperti mana tindakan diambil sebelum ini.

“Kontraktor kawasan ini (Pasar Seri Kembangan) memang bermasalah… sebelum ini hampir setiap bulan ada saja bayaran dipotong.

“Kemungkinan besar mereka tahu tak dapat kontrak baharu jadi mereka tak kutip sampah sebelum tempoh berakhir,” katanya pihaknya akan mempertimbangkan sama ada syarikat itu disenaraihitam kelak. – Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: