Agenda Besar Nabi Ibrahim A.S: Menyatukan Semua Manusia

 

kaabah

SEBELUM datangnya Nabi Ibrahim a.s, umat dunia menjadikan bulan bintang sebagai kiblat untuk menyembah dan memohon doa kepada Allah.

Agama waktu ini dinamakan sobiah.

Sebahagiannya, waktu itu, menjadikan orang soleh sebagai perantaraan untuk menyembah Allah dan memohon hajat.

Atas alasan, orang soleh mudah dimakbulkan doa.

Akidah sebegini masih ada dalam masyarakat kita, khususnya kepada sebahagian penganut tariqat.

Pada waktu itu, apabila orang soleh atau wali itu mati, orang ramai membina patung berwajah wali itu, utk memudahkan imaginasikan wajah wali itu, untuk berhubung dengan Allah.

Lama kelamaan, bukan lagi patung atau bintang dijadukan perantaraan, bahkan hakiki berhala dan bintang itu, disembahnya.

Tidak lagi menyembah Allah. Tidak lagi memohon hajat kepada Allah.

Dalam pemerhatian Ibrahim a.s, perkara ini akan membawa kacau bilau dalam akidah dan kesatuan umat.

Beliau dilantik menjadi Rasul dan diwahyukan cara yang betul untuk umat manusia.

Reformasinya, umat manusia digesa  berhubung terus dengan Allah tanpa perantaraan.

Dan, pengajaran ini dinamakan millah hanifi.

Untuk menjayakan gerakan reformasi baru ini, beliau memohon kepada Allah agar keturunan dan umat selepasnya mengikuti jalan ini.

Allah kurniakan dua putera.

jerusalem

Langkah dakwah yang dilakukan, utk menyebarkan millah hanifi ini, meletakkan anaknya Ishak a.s di Palestin atau Baitul Muqaddis.

Baitul Muqadis terletak di tengah2 negara2 besar dunia.

Seorang lagi, diletakkan di Makkah dengan mendirikan Baitullah, juga di antara tengah-tengah dunia yang boleh diakses oleh penduduk dunia.

Di Baitul Muqaddis lahirnya banyak nabi yang berfahaman sama seperti Ibrahim a.s, menyembah secara langsung Allah. Monoteism.

Terbesar dalam syariat dunia ialah agama Yahudi dengan kitab Taurat dan agama syariat Kristian dengan kitabnya injil.

Di Makkah lahirnya Muhammad s.a.w, yang ditugaskan menyatukan kembali syariat nabi Ibrahim. Musa a.s telah cuba melaksanakan misi ini tetapi kurang berjaya.

Peristiwa Israq Mikraj dan seluruh Surah al-Isra menceritakan agenda besar ini.

Kaabah bukan Allah, ianya satu lambang penyatuan umat manusia.  Inilah sebabnya ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, selama 17 bulan Kiblat adalah Baitul Muqaddis bukan Baitullah.  Kita tidak dibenarkan menyembah kaabah.  Kita diminta menyembah Tuan Kaabah.

Inilah dalam solat kita sentiasa diingatkan mengenai agenda ini, dengan sentiasa memberi salam kepada Nabi Muhammad dan nabi Ibrahim.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s