Mengapa Malaysia Tak Tambat Ringgit Sekarang ?

Tambatan nilai ringgit mungkin boleh menyelamatkan ekonomi semasa dalam jangka masa pendek sepertimana yang dilakukan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998.

Penganalisis politik Lim Sian See (LSS) bagaimanapun menjelaskan, tambatan nilai ringgit memberi kesan jangka panjang yang boleh dilihat sehingga hari ini apabila pelabur mula berhati-hati untuk membelanjakan wang ke Malaysia.

lss

“Pada masa itu (1998), Malaysia secara tiba-tiba menambat ringgit tetapi tidak menggunakan kaedah tradisional iaitu menambat menggunakan Rizab Antarabangsa untuk membeli atau menjual tukaran mata wang asing bagi menyokong nilai ringgit pada waktu itu.

“Ini kerana kadar tukaran wang asaing pada ketika itu sangat rendah ekoran Mahathir bertindak secara melulu dan RM30 bilion hilang dari rizab kerana membuat spekulasi pasaran tukaran asing.

“Jadi apa Malaysia buat adalah melaksanakan kawalan modal – bermaksud mengawal kemasukan dan pengeluaran ringgit dan menjadikannya sukar didagangkan di peringkat antarbangsa.

“Ini bermaksud orang asing boleh membawa masuk wang ke dalam Malaysia tetapi apabila wang tersebut sudah masuk, sukar untuk mereka keluarkannya semula,” katanya menerusi blognya, LSS Report.

Ujarnya, apa yang berlaku pada 1998 menjadi titik tolak kepada pelabur asing untuk lebih berhati-hati melabur kepada Malaysia dan kesannya boleh dilihat apabila ringgit terus jatuh selepas melepasi RM3.80 berbanding USD 1.00.

“Ramai pelabur akan berhati-hati dengan Malaysia kerana kita ada sejarah lepas melakukannya (tambak nilai ringgit) – maka mereka lebih rela menjual terus pelaburan mereka di Malaysia dan membawa keluar pelaburan – yang menyebabkan ringgit menjadi lemah – bimbang jika kita melaksanakan kawalan modan sekali lagi dan wang mereka disekat.

“Pelabur tempatan dan individu kaya juga akan melakukan perkara sama dan segera memindahkan wang mereka ke luar negara juga. Siapa mahu wang mereka disekat?,” soalnya.

Tambahnya, Bank Negara Malaysia (BNM) kerap kali menafikan dakwaan Malaysia akan menambat nilai ringgit untuk mendapatkan kembali kepercayaan pelabur yang terkesan daripada tindakan Dr Mahathir pada 1998.

ringgit

graf-tambat

Perbandingan antara tujuh tahun terakhir pemerintahan Dr Mahathir dan tujuh tahun pertama Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri kata LSS jelas menunjukkan ekonomi negara kini semakin pulih dan jumlah perbelanjaan defisit terus menguncup.

“Ianya jelas daripada graf diatas bahawa peningkatan besar kekal sepanjang tujuh tahun terakhir Mahathir selepas beliau menambat mata wang dan melaksanakan kawalan modal adalah jalan bencana.

“Dengan defisit yang besar dan pertumbuhan lemah dan peningkatan peratusan hutang kerajaan tinggi pada waktu itu, kita boleh menganggap tempoh tujuh tahun itu merupakan ‘tahun malang’ bagi Malaysia.

“Mahathir pada waktu itu mungkin tidak faham atau tidak kisah dengan kemusnahan jangka masa panjang kerana beliau akan bersara.

“Juga perlu diingatkan bahawa negara seperti Korea, Thailand dan Indonesia terkesan lebih teruk daripada Malaysia tetapi tidak melaksanakan kawalan modal atau menambat wang mereka pada waktu itu. Hanya Malaysia yang lakukannya,” katanya lagi.

Sumber: Urbanlite

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s