Makin Panas Annuar dan TMJ: Annuar Nafi Dakwaan TMJ

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menafikan dakwaan bahawa beliau telah menggunakan kedudukannya untuk memastikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menaja pasukan The Red Warriors (TRW).
tmj-annuar
Beliau berkata, Mara tidak pernah menaja TRW dan tiada bayaran dikenakan untuk logo ‘Mara 50th’ yang dipamerkan pada bahagian lengan jersi pasukan itu musim lalu.

Annuar yang juga Pengerusi Mara memberitahu, paparan logo tersebut adalah secara percuma yang merupakan satu penghormatan untuk Mara sedangkan mengikut amalan penaja-penaja lain lazimnya perlu membayar RM250,000.

“UniKL pula sebuah syarikat swasta, ia tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya.

“Jadi, tidak timbul isu ia menggunakan dana biasiswa atau tajaan kerana UniKL mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan, promosi dan pemasaran, malah mereka mempunyai bajet khusus untuk tujuan itu,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menulis di Facebook, mendakwa seorang Tan Sri yang tidak dinamakan telah memaksa Mara dan entitinya menaja TRW yang berjumlah RM700,000.

Walaupun tidak menamakan Tan Sri itu secara langsung namun beliau merujuk individu itu sebagai pengerusi Mara, jawatan yang kini disandang oleh Annuar.

Annuar menambah, UniKL pula sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran melalui sukan khususnya hoki serta bola sepak untuk menarik perhatian golongan muda.

Menurut beliau, anak-anak syarikat Mara yang lain juga mempunyai bajet, dasar dan prosedur tersendiri.

“Begitu juga dengan dana biasiswa Mara kononnya dikurangkan. Tidak benar dan jauh sama sekali dikurangkan kerana menaja bola,” jelasnya.
Annuar berkata, beliau tidak berminat untuk terlibat atau terjebak dalam polemik secara berdepan dengan mana-mana individu yang dianggap sebagai kawan-kawannya.

“Sebagai kawan, kita dah kenal sesama kita. Kalau kawan silap, kita tak usah panjang-panjangkan. Kita maafkan sajalah,” katanya. – Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s