Al-Quran Mengisi Kehausan Fitrah Manusia

KEHENDAK terbesar manusia tanpa kecuali adalah meraih kebaikan, manfaat dan keselamatan dalam hidup.
quran
Dalam masa sama, manusia mahu supaya dijauhi diri daripada kerosakan, keburukan dan bahaya.

Siapapun tanpa mengira agama, anutan, warna kulit dan latar belakang ‘tunduk’ kepada perkara yg dinyatakan di atas dan ‘bertungkus-lumus’ kepadnya malahan sentiasa berusaha menambah atau menggandakan.

Terhadap maksud dan matlamat tersebut manusia mengerahkn segenap tenaga,usaha, masa, wang ringgit dan usia.

Begitupun yang teramai hnya menumpukan kepada kebaikan dan menjauhkan daripada kemudaratan di dunia sementara ini sahaja.

Al Quran tampil dan diturunkan Allah swt bagi menyempurnakan maksud yang dinyatakan di atas jua degan seruan dan nada perintah; larangan, ancaman, galakan sama ada dalam bentuk perumpamaan,sumpahan, persaksian dan seumpamanya.

Melalui surah Yunus 57-58, Allah swt membangkitkan kesedaran dan memimpin-

“Wahai Manusia benar-benar telah datang/dibawakan kpd kamu MAUIZHOH (Pelajaran, Pengajaran) daripada Tuhan/Tuan kamu, SYIFAUN LIMA A FI SHUDUR (Penawar, Pengubat, Penyembuh keresahan,kebimbangan, ketakutan, penyakit di jiwa/hati/dada, HUDAN (Panduan, Pimpinan Kompas, Penimbang) dan RAHMAT (Penyejuk, Ketenteraman, Kegembiraan, Kejayaan kurniaan Tuhan) bagi Mereka Yang BERIMAN’

“Katakanlah (ketahui, insafi dan tetapkanlah) bahawa dgn anugerah FADHLILAH (Iman) & RAHMATIHI ( Kefahaman Quran) yang sewajarnya mereka berbangga &dan gembira. Anugerah Iman dan Al Quran itu adalah jauh lebih unggul dan terbaik berbanding dengan apa yang mereka kumpulkan dan simpan (dari perolehan dunia dan perhiasannya) ”

Ayat ini adalah antara sebahagian daripada seruan Allah swt mengenai al-Quran – tema, mesej & isi kandungan utamanya.

Setiap lapisan manusia – golongan awam, pertengahan maupun atasan mempunyai keperluan terhadapnya tanpa pengecualian, alasan dan keuzuran – excuses.

Aspek lain yang mungkin kurang diutarakan adalah Al-Quran itu sendiri pada zatnya adalah ‘Nyawa ataupun ruh ataupun Penghidup, Pengawal, Pengawas bagi Ruh Haiwani yang mengalirkan sifat kebinatangan dalam badan’

Allah Yang Maha Tinggi Maha Mendalam Pengetahuan Lagi Amat Bijaksana mengungkapkan kedudukan & rahsia al-Quran ini dalam tiga tempat – AN NAHLI : 2, ALMUKMIN 15 & AS SYURA 52…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s