Kisah Pemuda Cina Ateis Di Ipoh Memilih Islam

Muhammad Ikhwan Ng Bin Abdullah, juga dikenali sebagai Ikhwan Ng. 别号: 黄仁雄。

Dibesarkan di Ipoh, tinggal di Taiping, Perak. 100 peratus darah keturunan Cina.
ng-ateis-islam
Memilih Islam pada 26 September 2008, hari Jumaat, Bulan Ramadhan.

Mengenai ‘agamanya’ sebelum memilih Islam, Ikhwan Ng berkata:

“I wasn’t really serious religious person before getting know Islam. I can’t label myself as Atheist at past moments because I was still believing the exist of God, the different is just I don’t believe god exist in human’s philosophy.

“I did find answer about God at everywhere, tons of different view I have read about but yet none of them impressed me. Till I was live like a leaf overflow on air, without knowing the way I should go in my life,” tulisnya dalam blog beliau di alamat http://lifemualaf.blogspot.my, sambil menambah:

“And now I am blogging on this little pages to share my thoughts about Islam, and my personal journey on path of Reverted Muslim.”

Harian Metro pada Jumaat lalu turut menyiarkan kisah beliau dan bagaimana beliau memilih Islam.

Pada mulanya beliau hanya mengkaji dan mengkaji tanpa memberitahu sesiapapun.

Ikhwan mahu betul-betul bersedia sebelum dia berdepan dengan persoalan daripada orang lain berkenaan keputusannya. Dia tidak mahu dikata masuk Islam tetapi dadanya kosong.

“Boleh dikatakan saya berahsia kerana mahu menjaga keimanan dan keselamatan diri. Di peringkat awal, kita pun baru belajar. Bukan semua orang bukan Islam boleh menerima kawan atau ahli keluarga mereka yang memeluk Islam. Lagipun, saya baru saja dengan Islam pada 2008. Jadi saya mahu dalami Islam dulu sebelum umumkan kepada semua orang.

“Pada sekitar 2010 dan 2011, saya mula dedahkan identiti sendiri sebagai seorang Muslim kepada umum dan menulis blog. Tujuan saya untuk menjelaskan salah faham yang sering ditanya oleh mereka yang bukan Islam. Saya sudah lebih bersedia berhadapan kawan lama. Sekiranya mereka berdebat dengan saya mengenai Islam, saya sudah boleh menjawab dengan berhemah dan berilmu,” katanya kepada harian Metro.

Dia kini sentiasa mencari peluang untuk berdakwah walaupun sebelum memilih Islam, Ikhwan ialah ‘free thinker’ atau ateis.
ikhwan-ng
“Keluarga memang kuat dengan agama Buddha dan waktu kecil saya hanya mengikut apa yang dibuat keluarga. Hidup saya memang dikelilingi masyarakat Cina saja kerana sekolah pun sekolah Cina. Hanya di tingkatan enam saya bercampur sebab masuk ke sekolah kebangsaan.

“Menjelang dewasa saya menjadi ‘free thinker’ atau tidak percayakan agama kerana saya tak nampak mana satu agama yang betul. Yang saya tahu, semua agama pun, kalau kita ada sedikit syak, kita tak boleh bertanya sebaliknya kena terima saja tanpa apa-apa penjelasan. Atau sebab ia dilakukan oleh nenek moyang jadi kita kena ikut. Jangan tanya dan pertikai,” katanya.

Undang-undang sebegitu tidak boleh diterima oleh Ikhwan kerana dia mahu penjelasan dan keyakinan. Dia mahu bertanya dan bertanya. Kemudian, apabila semakin matang, Ikhwan mula membuat perbandingan agama kerana hatinya masih mencari. Hatinya tidak tenang. Satu perbezaan Islam yang dia nampak waktu itu ialah tiadanya berhala. Dia nampak sesuatu yang berlainan. Hatinya mula yakin, itulah agama yang benar.

Allah memberi hidayah-Nya kepada Ikhwan. Sedikit demi sedikit, dia melihat kebenaran sebuah agama yang suci.

Dia tahu salah faham sebelum ini bukan kerana kesilapan pada agama tetapi pada manusia.

Agama Islam sudah serba sempurna.

“Paling penting, menjadi Islam tidak bermakna saya menjadi lain. Saya masih orang Cina, bercakap Cina, makan makanan Cina dan beridentiti Cina. Cuma sekarang saya Islam dan mengikuti peraturan serta undang-undang Islam. Saya masih sambut Tahun Baru Cina selagi ia tidak termasuk acara keagamaan. Saya masih boleh menjadi anak yang baik kepada ibu bapa walaupun mereka memang sukar menerima pada awalnya,” katanya.

Cerita Ikhwan, untuk dia menerima Islam pun bukanlah perkara yang senang. Ada perkara yang tidak dipersetujuinya dahulu iaitu kenapa apabila masuk Islam tidak boleh keluar semula?

“Kenapa pula orang Islam tiada hak memilih agama lain? Sebagai atheist saya tidak suka sesuatu yang memaksa seperti itu. Itu ketika saya belum mengenali Islam sebenarnya. Waktu itu bagi saya semua agama sama saja sebab semuanya pun menyuruh berbuat perkara baik. Agama lain boleh saja kalau nak keluar masuk agama dan pilih agama lain. Islam tak boleh. Kenapa? Kemudian saya sedar, kerana Islam agama yang sebenarnya maka kita tidak boleh keluar daripadanya. Saya pun mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi Muslim dan inilah pilihan saya selama-lamanya kerana sudah menemui kebenaran hakiki,” katanya.

Untuk membaca coretan Ikhwan, dia boleh diikuti di Facebook ‘Ikhwan Ng’ atau pun blognya http://lifemualaf.blogspot.my.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s