CIA Sedih Disifatkan Sebagai Nazi Jerman Oleh Trump

WASHINGTON: Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) John Brennan pada Ahad memberi amaran kepada bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump agar melonggarkan sekatan ke atas Rusia selain mengingatkannya supayta berhati-hati dengan apa yang dikatakannya.
brennan-cia
Peringatan itu disampaikan beberapa hari sebelum majlis angkat sumpah Trump pada 20 Januari, lapor Reuters.

Brennan tidak bersetuju apabila Trump membandingkan agensi perisikan AS dengan Nazi Jerman dalam komennya, yang secara tidak langsung mencerminkan pergeseran luar biasa antara bakal Presiden itu dengan 17 agensi perisikan yang bakal berada di bawah arahannya.

Dalam sebuah wawancara televisyen, Brennan mempersoalkan mesej yang akan tersebar ke seluruh dunia jika media menyiarkan kata-kata Trump mengenai ketidakyakinan beliau terhadap agensi-agensi perisikan AS sendiri.

“Apa yang saya anggap tidak wajar adalah apabila dia menyamakan komuniti perisikan dengan Nazi Jerman.

“Saya benar-benar tersinggung, dan sebenarnya Trump tiada asas untuk menuding jari kepada komuniti perisikan kerana membocorkan maklumat yang sudahpun diketahui umum,” ujar Brennan.

Kritikan Brennan adalah lanjutan daripada ‘perselisihan’ antara Trump dengan pemimpin-pemimpin agensi perisikan sepanjang minggu lalu berkaitan laporan tentang Rusia yang memiliki maklumat berisiko mengenai Trump.
Ia ada kaitan tentang penglibatan Rusia dalam menentukan keputusan pemilihan Presiden AS yang lalu, dan perkara itu telah diketengahkan oleh Presiden Barack Obama.

Trump menuduh komuniti perisikan membocorkan maklumat berkenaan, namun dinafikan ketua-ketua agensi risikan. Menurut mereka, adalah menjadi tanggungjawab agensi untuk memberitahu Presiden jika maklumat sebegitu sedang tersebar.- Astro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s