Pandai Bantai FAM, Diserah Jawatan Presiden Tak Mahu – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa menyindir sesetengah pihak yang hanya tahu mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), namun enggan mengambil tanggungjawab menjadi presiden selepas kerusi No. 1 badan induk itu dikosongkan penyandangnya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
tmj-annuar
Bekas Timbalan Presiden FAM itu malah menambah, selepas melihat ramai yang tidak berminat mengisi kerusi panas tersebut, beliau memilih untuk menawar diri menjadi presiden, malangnya keputusan itu menerima reaksi negatif daripada pihak tertentu yang menyifatkan beliau tidak layak.

“Sebulan setengah yang lalu saya hantar mesej kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim) minta beliau setuju untuk dicalonkan tetapi beliau kata tidak mahu kerana ada konflik kepentingan, namun saya tetap percaya beliau masih layak.

“Kalau beliau tidak mahu juga, pada pendapat saya, salah seorang daripada 19 presiden badan gabungan mesti bersedia ambil tanggungjawab itu.

“Ketika orang (Tengku Abdullah) pegang jawatan itu, kita godak (ganggu) tetapi selepas kosong tiada siapa hendak ambil. Macam mana, kita bantai-bantai FAM tiba-tiba tiada orang mahu ambil alih tanggungjawab, itu tidak bagus,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam (15 Januari 2017).

Bagaimanapun, Annuar tetap dengan pendiriannya bahawa Tunku Ismail adalah calon paling layak memimpin FAM biarpun pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak berminat.

“Setelah Tengku Mahkota Pahang (TMP) berundur daripada Presiden FAM saya berhasrat TMJ dapat menggantikan beliau. Saya adalah individu yang bertanggungjawab semasa TMJ tawar dirinya menjadi Presiden. Saya bukan suka-suka melakukannya sebaliknya percaya beliau layak.

“Selain TMP individu yang wajar diberi peluang adalah TMJ dan saya berkempen untuknya malangnya TMJ tidak menang. Tidak lama selepas itu TMP letak jawatan namun pendirian saya tidak berubah. Individu yang layak menggantikan TMP adalah TMJ.

Tambah Annuar, jika TMJ tetap dengan pendirian untuk tidak mahu menjadi Presiden FAM maka 19 presiden ahli gabungan wajar memainkan peranan untuk menawar diri dan bukan individu luar yang tidak mempunyai kaitan.

“Mana-mana presiden daripada 19 ahli gabungan patut tawar diri jadi presiden FAM dan bekerja secara kolektif. Anda mungkin bukan orang besar tapi boleh buat kerja secara kolektif. Hanya kalau semua Presiden (ahli gabungan) tidak mahu maka saya bersedia.

“Namun keutamaan saya adalah TMJ kemudian presiden ahli gabungan dan terakhir saya menawarkan diri,” katanya. – Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s